25.8 C
Kuching
Wednesday, January 20, 2021

Pembangunan Jalan Pesisir Antara Fokus Utama Tahun 2018

Projek pembangunan perhubungan jalan pesisir merupakan antara fokus utama yang telah digariskan dalam perancangan Kerajaan Negeri pada tahun 2018.

Menurut Timbalan Ketua Menteri YB Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing, bajet tahun 2018 merangkumi projek pembangunan jalan pesisir yang menghubungkan kawasan-kawasan pesisir pantai bermula dari Lundu, Asajaya, Sadong Jaya, Sebuyau, Matu, Kuala Tatau hinggalah ke Miri.

Jelas beliau juga, pembinaan semua jambatan di sepanjang jalan pesisir termasuk Jalan Pasi ke Jalan Sibu/Tanjung Manis sejauh 17 kilometer turut melibatkan pembinaan sebuah jambatan di Batang Rajang dijangka dapat menghubungkan “kawasan  terpisah” tersebut menjelang tahun 2023

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan turut memaklumkan bahawa Kerajaan sudah merancang untuk membina Jalan Utama Kedua untuk menghubungi kesemua bahagian di Sarawak.

Pembinaan jalan utama kedua itu dibahagikan kepada tiga pakej iaitu pakej yang pertama bermula dari Kota Samarahan ke Roban, seterusnya pakej kedua dari Sebuyau ke Sri Aman, Betong dan pakej yang ketiga dari Jalan Kelupu/Jalan Tanjung Genting ke Lanang, Sibu.

Perkara ini dinyatakan oleh beliau ketika berucap di Majlis Perasmian Seminar Pembangunan Jalan Pesisir Negeri Sarawak di Kuching pada 8 Mac 2018.

Berkenaan seminar tersebut, beliau yakin ia akan dapat membantu dalam mengenalpasti keperluan pembangunan sepanjang jalan pesisir sekiranya jajaran perhubungan itu siap nanti.

Terdahulu, Menteri Muda Jalan Pesisir YB Datuk Julaihi Narawi memberitahu bahawa seminar yang diadakan itu adalah sebagai salah satu inisiatif Kerajaan Negeri untuk mendapat maklum balas, cadangan serta input daripada peserta seminar terhadap pembinaan jalan pesisir pantai.

Menurut beliau, peserta-peserta seminar itu terdiri daripada wakil-wakil rakyat, pegawai-pegawai kanan kerajaan, dan semua lapisan pemimpin masyarakat.

Antara objektif seminar ialah untuk mendapatkan pandangan yang komprehensif berkaitan cadangan pembinaan jalan pesisir pantai dan semua jambatan di sepanjang laluan jalan pesisir pantai serta impaknya terhadap seluruh kawasan pesisir pantai negeri Sarawak

Selain itu, ia juga diadakan untuk mendapatkan input-input bagi mewujudkan pembangunan sosio-ekonomi yang mampan selari dengan kemudahan infrastruktur sedia ada dan yang dicadangkan untuk dilaksanakan.

Antara tujuan lain ialah untuk memperkasakan perancangan dan pelaksanaan pembangunan yang lebih holistik dan mantap di kawasan pesisir pantai negeri Sarawak.

Previous article
Next article

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

900FansLike
1,667FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles