31.8 C
Kuching
Tuesday, April 20, 2021

Program “Service Learning” Membantu Wanita Pelajari Asas ICT

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melalui Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat telah berjaya melaksanakan Program “Service Learning” atau Pembelajaran Berasaskan Perkhidmatan di Kampung Sebelu, Sebuyau pada 10 November, lepas.

Program “Service Learning” adalah inisiatif Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UNIMAS bersama Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) untuk mendedahkan peserta kepada asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Seramai 40 peserta daripada Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) sekitar Sebuyau telah menyertai program tersebut.

Menurut Pensyarah Kanan dan Koordinator Program “Service Learning”, Dr Dayang Hanani Abang Ibrahim, program ini telah diadakan sejak tahun 2016 dan setakat ini UNIMAS telah berjaya mengadakan program ini sebanyak 86 kali.

Jelas beliau, program ini lebih tertumpu kepada latihan serta pendedahan terhadap ICT untuk kegunaan masyarakat dan ianya diterapkan dalam satu kursus yang dikenali sebagai ”technopreneurship” dan pembangunan produk.

Mengulas tentang “ Service Learning”, beliau memberitahu apa yang dipelajari oleh pelajar-pelajar dalam kelas akan dipraktikkan kepada masyarakat.

Sehubungan itu, Pensyarah Kanan yang juga merupakan  Koordinator program ini, Dr Nadianatra Musa tidak menafikan, terdapat banyak manfaat yang diperolehi bukan saja di kalangan pelajar dan para pensyarah, juga kepada masyarakat khasnya penduduk luar bandar.

Menurut beliau, pada peringkat permulaan, program ini hanya dijalankan di sekitar Kota Samarahan dan Kuching.

Namun, atas sokongan yang hebat daripada Kerajaan Negeri yang telah membantu dari segi kos pembelanjaan, program ini akhirnya telah dapat disebarluaskan sehingga ke Sri Aman, Lundu dan baru-baru ini di Sibu.

Kedua-dua pensyarah UNIMAS ini berharap program ini akan berterusan kerana ia memberi impak yang sangat besar kepada masyarakat dan ia juga adalah salah satu cara untuk memberi pendedahan kepada orang kampung tentang digital teknologi yang semakin penting dalam kehidupan kita setiap hari.

Turut hadir Ahli Parlimen Batang Lupar YB Dato Sri’ Hajah Rohani Haji Karim dan Pegawai Tadbir Khas di Jabatan Ketua Menteri (JKM) YBhg Dato Norhyati Mohd Ismail.

 
An eyewitness to Sarawak’s transformation
Previous article
Next article

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

994FansLike
1,667FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles