26.8 C
Kuching
Thursday, January 21, 2021

Empat Menara Komunikasi (SMART300) Siap Dibina Setakat Mac 2020

Kerajaan Sarawak membina 300 menara telekomunikasi agar semua kawasan di Sarawak dirangkumi dengan rangkaian internet

Sebanyak empat (4) menara komunikasi yang dilaksanakan di bawah inisiatif Transformasi Luar Bandar Lembaga Multimedia Sarawak (SMART300) telah siap dibina setakat Mac 2020 bertempat di Luban Ulu, Seridoh, Menggeris dan Engkudu Baruh.

Inisiatif SMART300 ini merangkumi pembinaan 300 menara telekomunikasi baharu yang akan dilengkapi dengan pemancar rangkaian 3G dan 4G bagi memperkasakan pembangunan digital luar bandar dengan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Sarawak sebanyak RM795 juta.

Setakat ini, 235 kawasan telah dikenalpasti dan 162 daripadanya telah bersedia untuk pembinaan menara komunikasi tersebut.

Sehingga kini, sejumlah RM283, 505,776 telah diperuntukkan kepada tujuh kontraktor tempatan Sarawak melalui perolehan secara tender terbuka dan ianya hanya melibatkan pembinaan struktur menara sahaja.

Bagi tahun ini, Kerajaan Sarawak telah menyediakan peruntukan sebanyak RM400 juta untuk meneruskan pelaksanaan pelbagai aktiviti ekonomi digital termasuk pembinaan 300 menara komunikasi ini.

Antara lainnya termasuklah pembinaan Pertanian Pintar, Pusat Operasi Bersepadu Sarawak (SIOC), Lampu Isyarat Pintar, Hub Inisiatif dan Inovasi Kampung Digital, Kolaborasi Berasaskan Kawasan (ABC) Geran penyelidikan untuk membangunkan komponen digital dalam sektor ekonomi dan Memperkasakan dan Mempertingkatkan Kemahiran Graduan.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

909FansLike
1,667FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles