25.8 C
Kuching
Wednesday, January 20, 2021

e-Kerajaan Pertingkatkan Keberkesanan dan Kecekapan Pentadbiran

Antara perkhidmatan-perkhidmatan e-Kerajaan yang terdapat di Sarawak

Perkhidmatan e-Kerajaan adalah salah satu bentuk transformasi dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan yang merujuk pada keadaan di mana sesuatu urusan yang dahulunya dilakukan secara manual kini dikendalikan secara elektronik.

Kerajaan Sarawak telah mewujudkan beberapa sistem e-Kerajaan seperti e-Scholarship, e-TENDER Notices, Paybills, eLASIS, e-Recruitment, Electronic Resident & District Office (R&DO), e-Libraries dan sebagainya bertujuan untuk memperbaharui serta mempertingkatkan keberkesanan dan kecekapan jentera pentadbiran kerajaan.

Dengan adanya sistem e-Kerajaan ini, lebih banyak perkhidmatan dapat disediakan kerana ia lebih mudah berbanding kaedah lama yang memakan masa dan tenaga yang banyak.

Selain itu, produktiviti juga turut meningkat dan rakyat akan mendapat perkhidmatan yang memuaskan kerena mereka tidak perlu lagi terikat dengan masa, kos dan perjalanan malah, sebarang permohonan juga dapat dibuat dengan lebih cepat, lancar dan tepat.

e-Kerajaan bukan hanya menyediakan kemudahan kepada orang ramai untuk mengakses maklumat dengan mudah pada bila-bila masa, malah ia turut menyediakan ruang untuk orang ramai memberi komen serta cadangan untuk menambah baik mutu perkhidmatan.

Tidak dinafikan, e-Kerajaan telah berjaya mempercepatkan sistem penerangan dan penyampaian maklumat, malah maklumat dapat disampaikan dengan lebih terperinci dan menarik.

Yang lebih penting, Dasar Kerajaan dapat disebarkan tanpa sempadan dan masalah yang berpunca daripada karenah manusia juga dapat dihindari.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

900FansLike
1,667FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles