32.9 C
Kuching
Thursday, October 22, 2020

Buy now

Menjaga Kesihatan Mental Ketika Berdepan Krisis

Tatkala mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan bagi membantu mencegah penyebaran pandemik Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19), mungkin ada di antara kita yang mengalami tekanan, merasa takut dan bimbang kerana terkurung dalam rumah atau mendengar terlalu banyak berita berkaitan COVID-19.

Dalam berdepan krisis seperti pandemic COVID-19 yang kita hadapi sekarang, pengalaman sedemikian bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati orang ramai untuk mengutamakan kesihatan mental mereka dalam situasi yang mencabar ini.

Agensi kesihatan awam Public Health England di United Kingdom telah menggariskan 14 panduan berguna bagi membantu orang ramai bertenang dan berfikiran positif semasa pandemik ini.

Berikut adalah panduan-panduan yang telah digariskan:

Pertimbangkan cara untuk berhubung dengan orang lain

Mengekalkan hubungan dengan orang yang disayangi adalah penting demi kesejahteraan mental anda.

Jika anda tinggal bersendirian, hubungi keluarga dan rakan anda melalui telefon, panggilan video atau media sosial dan bukan bertemu secara bersemuka.

Bercakap tentang kebimbangan anda

Memandangkan situasi sekarang adalah masa yang sukar bagi semua orang, berkongsi perasaan anda serta apa yang anda lakukan untuk menangani masalah anda dengan keluarga dan rakan anda juga boleh membantu meredakan kebimbangan mereka.

Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi talian bantuan psikologi yang ditawarkan oleh kerajaan atau badan bukan kerajaan seperti Befrienders.

Jaga kesejahteraan fizikal anda

Kesihatan fizikal boleh memberi kesan kepada kesejahteraan mental anda. Ambil makanan berkhasiat, minum air secukupnya serta bersenam di dalam rumah dan jauhkan diri daripada rokok, minuman beralkohol dan dadah.

Jaga waktu tidur anda

Kesihatan mental juga bergantung pada kualiti tidur anda. Kekalkan corak tidur yang konsisten dan amalkan amalan tidur yang baik seperti mengelakkan skrin alat-alat peranti seperti telefon pintar dan komputer sebelum tidur, mengurangkan pengambilan kafein dan mewujudkan persekitaran tidur yang tenang.

Mengurus maklumat media

Mengambil tahu perkembangan terkini berkaitan COVID-19 secara 24 jam boleh meletihkan. Sebaiknya, hadkan masa yang anda gunakan untuk mendapatkan liputan media mengenai pandemik ini, terutama melalui media sosial.

Dapatkan fakta sebenar

Kumpulkan maklumat berkualiti melalui sumber yang boleh dipercayai. Cara ini akan membantu anda menentukan risiko pada diri anda atau orang lain daripada dijangkiti COVID-19 dengan tepat supaya anda boleh mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah.

Melakukan perkara yang anda gemari

Tenangkan diri anda daripada kebimbangan atau kesunyian dengan memberi fokus pada hobi anda, belajar sesuatu yang baharu atau sekadar mengambil masa untuk berehat dan fokus pada keadaan anda sekarang.

Jika aktiviti-aktiviti yang anda gemari sering kali dilakukan di luar rumah, cari cara untuk menyesuaikan diri ketika duduk di rumah. Anda boleh mengikuti kursus dalam talian atau menyertai aktiviti maya seperti konsert muzik “live streaming”.

Menetapkan matlamat

Cari bagaimana aktiviti yang anda gemar atau ingin lakukan masih boleh dilakukan di rumah, misalnya menonton filem, membaca buku atau mempelajari kemahiran baharu.

Menetapkan matlamat dan berusaha untuk mencapainya serta memastikan minda anda sentiasa aktif membolehkan anda mengawal diri dengan bijak serta mempunyai matlamat hidup sebenar.

Related Articles

Soft Skills Matter

Technical skills are important, because they show exactly what a person is capable of. These skills may...

A Reflection of Collective Responsibility in Developing Sarawak

The development of office towers for Dayak Cultural Foundation (DCF) and Dayak...

Meningkatkan Kemahiran Insaniah

Selain kelayakan akademik, kemahiran insaniah juga tidak kurang penting dalam membina keperibadian yang lebih baik. Dalam konteks...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

888FansLike
1,626FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles

Soft Skills Matter

Technical skills are important, because they show exactly what a person is capable of. These skills may...

A Reflection of Collective Responsibility in Developing Sarawak

The development of office towers for Dayak Cultural Foundation (DCF) and Dayak...

Meningkatkan Kemahiran Insaniah

Selain kelayakan akademik, kemahiran insaniah juga tidak kurang penting dalam membina keperibadian yang lebih baik. Dalam konteks...

Adaptable Organisations Resilience and Accepting Change

The world around us is moving at an unprecedented pace where change takes place all around us.

Embracing Changes with Emotional Intelligence

As the digital environment continues to develop at a rapid pace, the rate of the workplace is...