30 C
Kuching
Thursday, October 22, 2020

Buy now

Inovatif Antara Sifat Yang Perlu Ada Pada Setiap Usahawan

Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik dan ia terhasil daripada cetusan idea inovatif

Usahawan mempunyai sifat-sifat unik yang membezakan mereka daripada orang lain antaranya kebolehan mencipta dan mencuba sesuatu yang baharu (kreatif); kebolehan membaiki dan memperbaharui sesuatu (inovatif); kebolehan menghadapi risiko; dan kebolehan menjayakan sesuatu (berorientasikan kejayaan).

Usahawan juga dilihat sebagai individu yang mempunyai kebolehan atau kemampuan untuk mengesan dan merebut peluang perniagaan, membuat pembaharuan serta pengubahsuaian yang berfaedah untuk menjamin kejayaan perniagaan bagi kepentingan diri sendiri, masyarakat dan negara.

Seorang usahawan yang tulin perlu mempunyai keupayaan menginovasikan barang dan perkhidmatan baharu ke dalam pasaran untuk mewujudkan peluang perniagaan baharu dan kemampuan pertandingan dalam pasaran.

Contohnya, beberapa pembaharuan atau inovasi yang dilakukan pada kereta Proton Saga telah menjadikan ia sebuah kereta yang dapat menguasai pasaran Malaysia kerana inovasi yang dihasilkan seperti panduan secara automatik, penguncian pintu dari luar dan warna yang berkilat ‘metalik’.

Begitu juga dengan inovasi yang dilakukan dalam perkhidmatan bank antaranya termasuk mesin mesin pengeluaran wang automatik (ATM), Giro dan sebagainya.

Pemikiran inovatif sangat penting dan perlu ada pada setiap usahawan untuk membolehkan perniagaan mereka dapat bertahan dalam jangka masa yang panjang.

Hal ini kerana, masa depan sesuatu perniagaan kini banyak bergantung kepada keupayaan usahawan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baharu.

Pada zaman yang semakin canggih ini, seseorang usahawan tidak lagi boleh menunggu permintaan daripada pengguna sebaliknya mereka harus berupaya mengeluarkan sesuatu yang unik untuk memikat hati para pelanggannya.

Dengan adanya produk dan perkhidmatan baharu yang diciptakan hasil daripada pemikiran-pemikiran yang inovatif, usahawan boleh mengambil kesempatan untuk meneroka pasaran baharu.

Hakikatnya, Seorang usahawan yang kreatif dan inovatif akan senantiasa berfikir untuk menguasai pasaran baharu dengan mengenalkan produk dan perkhidmatan baharu.

Inovasi bukan sahaja berperanan sebagai langkah kreatif untuk menyelesaikan masalah, malah cetusan idea yang kreatif dan inovatif mampu melonjakkan pencapaian sesebuah negara ke tahap yang lebih cemerlang dan terus kekal berdaya saing dan relevan dalam arus kepesatan globalisasi.

Related Articles

Soft Skills Matter

Technical skills are important, because they show exactly what a person is capable of. These skills may...

A Reflection of Collective Responsibility in Developing Sarawak

The development of office towers for Dayak Cultural Foundation (DCF) and Dayak...

Meningkatkan Kemahiran Insaniah

Selain kelayakan akademik, kemahiran insaniah juga tidak kurang penting dalam membina keperibadian yang lebih baik. Dalam konteks...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

888FansLike
1,626FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles

Soft Skills Matter

Technical skills are important, because they show exactly what a person is capable of. These skills may...

A Reflection of Collective Responsibility in Developing Sarawak

The development of office towers for Dayak Cultural Foundation (DCF) and Dayak...

Meningkatkan Kemahiran Insaniah

Selain kelayakan akademik, kemahiran insaniah juga tidak kurang penting dalam membina keperibadian yang lebih baik. Dalam konteks...

Adaptable Organisations Resilience and Accepting Change

The world around us is moving at an unprecedented pace where change takes place all around us.

Embracing Changes with Emotional Intelligence

As the digital environment continues to develop at a rapid pace, the rate of the workplace is...