31.8 C
Kuching
Tuesday, April 20, 2021

Jambatan Sungai Limbang Dua Bukan Sekadar Tarikan Baharu

Apabila terbinanya Jambatan Sungai Limbang Dua (Sungai Bunut) sepanjang 777-meter bernilai RM187 juta di Bahagian Limbang, yang mungkin terlintas di fikiran masyarakat adalah wujudnya satu tarikan baharu yang mampu menarik kedatangan pengunjung ke Limbang.

Setiausaha Kerajaan Negeri YB Datuk Amar Jaul Samion menyambut ketibaan Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang mengadakan Lawatan Kerja di Limbang pada bulan Mac 2021

Hal ini tidak dapat disangkal kerana Limbang mempunyai banyak keistimewaan antaranya terkenal dengan produk-produk tempatan seperti ikan tahai, kraf tangan, beras Bario, garam bukit dan sebagainya.

Selain itu, Limbang juga terkenal dengan produk-produk pelancongan seperti Pesta Bebulang, Pesta Limbang, Pesta Bedudun, Pesta Lumba Kerbau, Pesta Lumpur Berbuak dan sebagainya.

Justeru, Jambatan Sungai Limbang Dua yang dijangka siap pada Oktober 2021 ini sudah pasti akan menjadi pelengkap kepada produk pelancongan yang sedia ada itu.

Kerja-kerja pembinaan Jambatan Sungai Limbang 2 giat dilaksanakan

Walau bagaimanapun, pembinaan jambatan tersebut bukan semata-mata hendak mewujudkan tarikan baharu di bahagian utara Sarawak ini kerana ia sebenarnya sudah sangat dinanti-nantikan oleh rakyat terutama penduduk di lapan (8) buah kampung yang terletak di seberang sungai Limbang.

Pembinaan jambatan ini amat besar maknanya, kerana ia bukan hanya akan memberi impak penting dalam pembangunan sosioekonomi mereka, malah turut meningkatkan sistem perhubungan jaringan jalan raya yang lebih sempurna buat mereka.

Lumpur Berbuak Kampung Meritam antara produk pelancongan di Limbang

Pada asalnya, projek pembinaan jambatan ini merupakan laluan Lebuh Raya Pan Borneo Fasa 2 bagi Jajaran Limbang–Lawas tetapi telah ditangguhkan oleh Kerajaan Pusat untuk memberi laluan kepada pembinaan Projek Sabah Sarawak Link Road.

Namun, menyedari betapa pentingnya jambatan ini kepada penduduk di Limbang, projek pembinaan jambatan ini telah diteruskan oleh Kerajaan Sarawak kerana ia dijangka akan menjadi pemacu sektor ekonomi yang lebih pesat di Bahagian Limbang.

Lumba Kerbau adalah acara tahunan yang menjadi kemestian diadakan di Limbang

Jambatan ini juga akan menjadi laluan baharu untuk menghubungkan Limbang dan Brunei pada jarak yang lebih dekat apabila CIQ Pendam (Limbang) dan Lumapas (Brunei) dibuka.

Limbang adalah antara pekan kecil di Sarawak yang tidak mempunyai terlalu banyak peluang pekerjaan mahupun akses pendidikan.

Kebanyakan anak-anak muda yang tamat persekolahan terpaksa berhijrah ke bandar-bandar besar seperti Kuching, Miri, Bintulu bahkan ramai yang terpaksa merantau ke negeri lain seperti ke Kota Kinabalu dan Semenanjung Malaysia untuk melanjutkan pelajaran serta mencari peluang pekerjaan.

Sudah pasti, dengan adanya jambatan Sungai Limbang ini nanti, masalah seperti penghijrahan akan dapat diatasi malah, kawasan Limbang akan membangun dengan lebih pesat sekaligus akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat di Limbang.

Produk dan hasil kraftangan memberikan nilai tinggi dalam sektor pelancongan di daerah Limbang

Jaringan jalan raya ini amatlah diperlukan kerana, selain memberi keselesaan kepada pengguna, ia juga membolehkan pembukaan lebih banyak kawasan perindustrian di sepanjang laluan tersebut.

Pembukaan kawasan perindustrian tersebut akan memberi impak yang besar kepada Limbang di mana akan ada banyak peluang pekerja disediakan, pelbagai kemudahan infrastruktur lain akan dibangunkan malah akses pendidikan juga akan bertambah baik.

Perhubungan perniagaan dan ekonomi sama ada dari sudut pertanian, penternakan kerbau dan sebagainya juga akan dapat dibangunkan lebih-lebih lagi Limbang adalah ‘kilang’ yang membekalkan keperluan dan bahan mentah kepada penduduk Brunei yang berhampiran dengan Daerah Temburong.

 
An eyewitness to Sarawak’s transformation

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

994FansLike
1,667FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles