Sunday, June 13, 2021

spot_img

Program Penggerak Aktiviti Ekonomi Sektor Pertanian

Tidak dinafikan, sektor pertanian adalah sangat penting bahkan merupakan satu daripada sektor utama yang mendapat tumpuan dalam perdagangan dunia kerana sektor ini merupakan pembekal makanan dan sumber bahan mentah kepada penduduk dunia.

Keseriusan kerajaan untuk memastikan pertumbuhan pesat dalam sektor pertanian dapat dilihat melalui pelbagai langkah proaktif yang diambil oleh Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED) untuk terus menggerakkan aktiviti ekonomi sektor pertanian di Sarawak.

Setiausaha Tetap MANRED, Encik Edwin anak Abit

Setiausaha Tetap MANRED, Encik Edwin anak Abit ketika ditemu ramah RAKAN Sarawak baru-baru ini memberitahu, pelbagai program telah dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) menerusi Jabatan Pertanian Sarawak (DOA) membabitkan peruntukan berjumlah RM1.07 bilion.

Program-program tersebut melibatkan aktiviti tanaman, perikanan, promosi pertanian, pendidikan dan pengembangan, pengembangan Pertubuhan Peladang, mekanisasi serta infrastruktur ladang selain pengembangan agromakanan dan pengusaha yang telah memberi manfaat kepada 115, 000 peserta dari kumpulan petani, nelayan dan pengusaha.

Salah satunya ialah program Agriculture Facilitation Fund (AFF) dengan jumlah peruntukan sebanyak RM102 juta telah memberi manfaat kepada kira-kira 120,000 peserta.

Selain itu, program Peningkatan Tahap Sara Diri (SSL) yang melibatkan sektor buah-buahan (86%), sayur-sayuran (37%) dan produk perikanan (96%) juga terus diberi perhatian.

Merujuk statistik, nilai eksport berdasarkan sektor adalah seperti berikut:

Sementara itu, Projek Akuakultur yang melibatkan 531 peserta telah mencatatkan nilai pengeluaran sebanyak RM28.95 juta manakala Program Produk Hiliran telah berjaya membantu 1,255 peserta dengan mencatatkan nilai jualan sebanyak RM46.8 juta.

Projek penternakan ikan tilapia di Batang Ai, Lubok Antu

Sebagai usaha mendekati komuniti tani pula, MANRED menerusi DOA telah memperkenalkan program Agriculture Community Outreach Programme (AgriCOP).

Program AgriCOP adalah salah satu medium untuk menyampaikan maklumat terkini berkenaan dasar, strategi dan program sektor pertanian khasnya berkaitan teknologi baru dan bidang tumpuan kerajaan.

Antara topik yang selalu ditekankan ialah pertanian pintar, teknik tanaman durian, nanas, kopi, topik berkaitan akuakultur dan pembangunan produk asas tani.

Secara keseluruhannya, sebanyak 377 kursus melibatkan kira-kira 35,000 peserta telah diadakan sepanjang perlaksanaan program AgriCOP.

Di bawah RMK-11 juga, kerajaan telah merancang untuk menubuhkan tujuh (7) buah Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) membabitkan kawasan seluas 406 hektar dengan kos yang dianggarkan sebanyak RM23 juta.

Pemandangan udara TKPM Rampangi

Setakat ini, kerajaan telah berjaya membina TKPM di lima (5) buah kawasan iaitu di Rampangi, Semenggok, Pejiru (Kuching); Penipah (Mukah); dan Kabuloh (Miri) dengan nilai pengeluaran yang dianggarkan sebanyak RM6.8 juta sejak mula beroperasi.

Projek penanaman Rock Melon secara fertigasi di TKPM, Rampangi

Di bawah RMK-12, Kerajaan Sarawak akan meneruskan inisiatif ini di dua (2) buah kawasan yang telah dikenal pasti iaitu di Sungai Maw (Sibu) dan Kubong (Limbang) tetapi bukan lagi disebut sebagai TKPM tetapi dengan nama baharu iaitu Taman Agromakanan.

Taman ini akan dilengkapi dengan infrastruktur asas untuk memulakan aktiviti tanaman oleh peserta terpilih di mana golongan muda yang memiliki pengetahuan, kemahiran serta minat yang mendalam dalam bidang pertanian akan diberi keutamaan. Menurut beliau, banyak lagi program penggerak aktiviti ekonomi sektor pertanian dilaksanakan seperti Pembangunan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), Program Pembangunan Modal Insan Luar Bandar, Rural Growth Centre (RGC), Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Projek Pemajuan Kawasan (PPK) dan sebagainya.

RAKAN SARAWAK
Author: RAKAN SARAWAK

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
 
An eyewitness to Sarawak’s transformation

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

1,012FansLike
1,808FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Articles

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]