JKR Serian Laksana 274 Projek RTP Dalam Tempoh Tiga Tahun

0
55

Penyediaan kemudahan infrastruktur luar bandar sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan Sarawak dalam merapatkan jurang perbezaan pembangunan antara masyarakat bandar dan luar bandar.

Sehubungan itu, Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan Program Transformasi Luar Bandar (RTP), iaitu satu program one-off yang dilaksanakan mengikut keutamaan dan keperluan penduduk di sesebuah kawasan.

Komponen projek RTP merangkumi pembinaan dan naik taraf jalan, dewan serba guna, dewan masyarakat serta pusat komuniti, jambatan, perparitan, rumah ibadat, bekalan air dan elektrik;

Penghadang hakisan, kemudahan sukan seperti stadium mini, gelanggang dan padang bola sepak, naik taraf dan baik pulih rumah panjang, lampu jalan dan lampu isyarat, jeti, titian jalan, tebingan sungai, dermaga serta pontun.

Antara projek-projek lain ialah naik taraf medan niaga, pembersihan sungai, tapak perkuburan termasuk tanah perkuburan wakaf, tempat letak kereta, tandas awam, taman permainan kanak-kanak, pembetungan, tangki kumbahan, dataran kejat, serta naik taraf dan baik pulih bangunan seperti perpustakaan komuniti.

Di Bahagian Serian, dalam tempoh tiga tahun (2019 hingga 2021), sebanyak 274 projek RTP dianggarkan bernilai sekitar RM51 juta bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serian telah diluluskan untuk dilaksanakan oleh JKR Bahagian Serian. 

Projek-projek RTP yang dilaksanakan adalah di pelbagai kawasan di Serian membabitkan DUN Mambong, DUN Tarat, DUN Muara Tuang, DUN Kedup, DUN Tebedu, DUN Bukit Semuja dan DUN Balai Ringin.

Matlamat projek-projek RTP dilaksanakan di Bahagian Serian ini adalah untuk meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan dari segi ekonomi, sosial, pelajaran serta kemudahan keagamaan.

Antara komponen projek RTP di Bahagian Serian ialah naik taraf padang futsal, naik taraf dewan, naik taraf masjid, penambahbaikan dewan serba guna, bina baru dewan serba guna, bina baru astaka besar, naik taraf tempat meletak kenderaan dewan serba guna dan pemasangan penutup jendela gulung.

Naiktaraf padang futsal Kampung Murud Plaman

Membaik pulih siling bangunan, penambahbaikan gereja, menaiktaraf sekolah, bina baru bilik gerakan, membina baru laluan pejalan kaki konkrit, membina semula tembok penahan tanah untuk tapak gereja, membina baru jambatan konkrit, menaiktaraf bilik darjah dan sebagainya.

Bagi tahun 2021, antara projek-projek RTP naik taraf yang dilaksanakan ialah naik taraf padang futsal Ampung Raeh, dewan Kampung Betong Kanowit, masjid Kampung Seniawan Jepun, padang futsal Kampung Jaya Ria, dewan Ampung Tian Mawang, dewan serba guna Kampung Merang Baru, naik taraf tempat meletak kenderaan dewan serba guna Kampung Menaul dan lain-lain.

Pembinaan ‘Waterfront’ di Kampung Tebedu Mawang

Manakala, projek-projek RTP bina baru melibatkan bina baru dewan serba guna Kampung Merang lama, astaka besar di sebelah padang futsal Kampung Sungai Turong, bilik gerakan di Kampung Panchor Dayak, dewan Kampung Tong Nibong, gereja St. Matthew Kampung Mapu Tantu, balai raya terbuka Kampung Tapang Maong Balai Ringin dan lain-lain.

Projek RTP ini sememangnya telah membawa banyak kebaikan kepada masyarakat di Serian lebih-lebih lagi ia dilihat sebagai suatu keperluan utama kerana secara umumnya, ia berupaya menjana pertumbuhan ekonomi dan strategi terbaik untuk mengurangkan kemiskinan di kawasan luar bandar.

Pemandangan bahagian dalam balai raya baharu Kampung Tebakang Melayu
Projek RTP pembinaan balai raya baharu Kampung Tebakang Melayu

Meskipun projek-projek RTP ini dilihat dapat merapatkan jurang ekonomi di antara bandar dan luar bandar, namun matlamat asasnya sudah pasti adalah untuk menjaga kebajikan segenap lapisan masyarakat.

Kerana itu, projek RTP ini disifatkan sebagai bukti keprihatinan kerajaan khususnya Kerajaan Sarawak dalam memastikan masyarakat luar bandar dilengkapi dengan kemudahan asas yang selesa.

RTP juga adalah antara inisiatif transformasi kerajaan yang memberi impak dalam kehidupan seharian penduduk luar bandar.

Projek-Projek RTP 2021 – JKR Bahagian Serian
Projek-Projek RTP 2021 – JKR Bahagian Serian

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]