HDC Bina 790 Unit RMM Sejak 2018 Hingga 2020

0
30

Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak atau lebih dikenali sebagai HDC merupakan Badan Berkanun di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (KPKT).

Syot layar sesi temu bual RAKAN Sarawak bersama Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Encik Mohamad Asman bin Haji Ahmad

HDC yang dahulunya dikenali sebagai Suruhanjaya Perumahan dan Pembangunan Sarawak (SPPS) telah menerajui pembangunan perumahan di negeri ini sejak tahun 1972.

Menerusi temu bual dalam talian bersama RAKAN Sarawak baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Encik Mohamad Asman bin Haji Ahmad memperincikan projek-projek fizikal yang telah dilaksanakan HDC dari tahun 2018 hingga 2020.

Sepanjang tempoh tersebut, HDC telah membina dan menyiapkan sebanyak 790 unit Rumah Mampu Milik (RMM) dan Rumah SPEKTRA Permata (RSP) melalui peruntukan siling Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) Kerajaan Sarawak bernilai RM187.577 juta termasuk tiga program naik taraf infrastruktur dan kemudahan dengan kos RM2.803 juta.

Senarai terperinci projek perumahan dan naik taraf kemudahan infrastruktur di bawah RMK11:

Dalam pada itu, sebanyak 52 unit rumah RSP dengan nilai siling RM RM16.775 juta serta dua projek kemudahan infrastruktur dan satu projek ameniti dengan nilai siling RM45.869 juta sedang dalam peringkat pelaksanaan dan dijangka siap pada tahun ini (2021).

Perincian mengenai projek-projek berkenaan adalah seperti berikut:

Menurut Encik Mohamad Asman, HDC juga sedang menunggu kelulusan daripada KPKT berhubung pengurusan penjualan 651 unit rumah bagi projek PPR dengan nilai projek berjumlah RM118.1 juta.

Penjualan tersebut meliputi dua projek PPR di Kuching, iaitu PPR Petra Jaya sebanyak 208 buah rumah dengan kos RM38.1 juta dan PPR Landeh 443 buah rumah dengan nilai RM80 juta.

HDC merancang membina lebih 1,000 unit rumah mampu milik untuk tempoh tiga tahun akan datang

Manakala untuk tempoh tiga tahun akan datang pula, HDC menjangkakan 461 unit rumah teres setingkat di PPR Sibu akan dijual dengan nilai jualan keseluruhan sebanyak lebih RM85 juta.

Dalam tempoh yang sama, HDC juga merancang membina 1,012 unit rumah di bawah RMM dan RSP meliputi Bahagian Kuching, Serian, Betong, Sarikei, Mukah, Miri dan Limbang dengan peruntukan siling RMK12 Kerajaan Sarawak berjumlah RM316.184 juta.

Projek berkenaan dilaksanakan mengikut kategori, iaitu atas tanah milik HDC, atas tanah Skim Pembesaran Kampung (SPK) dan Skim Penempatan Semula (SPS) Jabatan Tanah dan Survei (JTS) dan atas tanah Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah Sarawak (PELITA) di bawah Program Pembaharuan Bandar.

Jelas Encik Mohamad Asman, selain membangunkan sektor perumahan, HDC juga diberi tanggungjawab oleh Kerajaan Sarawak untuk melaksanakan kerja-kerja menaik taraf kemudahan infrastruktur dan kemudahan.

Di bawah peruntukan siling RMK12 sebanyak RM29.351 juta, HDC akan melaksanakan kerja-kerja naik taraf infrastruktur dan kemudahan di tiga buah kampung tradisional di Bahagian Kuching di bawah Program Pembaharuan Semula Bandar.

Bagi projek infrastruktur, HDC merancang untuk melaksanakan enam projek penyediaan dan penimbusan tapak bermula 2022 hingga 2024 di bawah peruntukan siling RMK12 berjumlah RM23.7 juta.

Kerja-kerja berkenaan akan dijalankan di beberapa tapak merangkumi Bahagian Serian, Samarahan, Sibu, Mukah dan Miri.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]