Proses Pembangunan OACP 19 PBT

0
35

Proses pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merangkumi perkara-perkara berkaitan analisis data, menentukan konteks atau status isi rasuah, mengenal pasti risiko rasuah dan menentukan bidang keutamaan yang berisiko untuk ditangani.

Sehubungan itu, terdapat tujuh (7) proses pembangunan OACP di PBT iaitu;

  1. Pengumpulan Data Risiko
  2. Pra-Perbincangan PBT
  3. Bengkel Maya OACP 19 PBT
  4. Penubuhan Jawatankuasa OACP 19 PBT
  5. Perbincangan Senario OACP 19 PBT
  6. Bengkel Pemurnian OACP 19 PBT
  7. Pembentangan OACP 19 PBT JPTO

Proses pengumpulan data untuk risiko yang telah, sedang dan akan berlaku di setiap Seksyen dan Unit di 19 PBT telah diadakan pada 13 Julai 2021 menggunakan jadual pendaftaran risiko bagi tujuan pembentangan di dalam bengkel maya OACP 19 PBT.

Kemudian, MLGH telah mengadakan Pra-Perbincangan bersama 19 PBT dan fasilitator bengkel maya OACP 19 PBT pada 14 Julai 2021 untuk membincang dan menyelaras atur cara dan isi kandungan program bagi bengkel tersebut.

Fasilitator untuk bengkel Maya OACP 19 PBT adalah daripada Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNION) dan Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) daripada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (MLGH) dan PBT.

Tujuh (7) proses pembangunan OACP 19 PBT

MLGH dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan OACP (JP-OACP) telah mengadakan bengkel Maya OACP 19 PBT pada 14 Julai 2021 bagi menerangkan proses pembangunan OACP 19 PBT.

Peserta bengkel yang terdiri daripada pegawai-pegawai di 19 PBT telah dimasukkan ke dalam enam (6) kumpulan untuk membincangkan dengan lebih lanjut risiko yang telah, sedang dan akan berlaku.

Enam (6) kumpulan tersebut mewakili enam (6) bidang keutamaan dalam OACP 19 PBT iaitu;

  1. Sumber Manusia dan Pentadbiran
  2. Penguatkuasaan
  3. Penilaian dan Pencukaian
  4. Kewangan dan Perolehan
  5. Pengurusan Projek dan Perkhidmatan Bandar
  6. Pembangunan Komuniti dan Perpustakaan

Jawatankuasa berkaitan OACP 19 PBT iaitu Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi Organisasi (JPTO), JP-OACP dan Jawatankuasa Sekretariat Penyelaras OACP (SP-OACP) telah ditubuhkan dan berkuat kuasa pada 9 Ogos 2021 melalui surat lantikan rujukan: MLGH/AUD/27 Jld. 4 (16).

Jawatankuasa ini mempunyai peranan masing-masing dalam membangun dan menyiapkan pelan ini selaras dengan Pekeliling Integriti Negeri Sarawak Bilangan I, tahun 2020.

Perbincangan senario OACP 19 PBT merupakan sebahagian program di dalam bengkel Maya OACP 19 PBT yang mana setiap kumpulan akan membentangkan draf risiko dan mencadangkan inisiatif serta tempoh pelaksanaan inisiatif tersebut.

Perbincangan telah diadakan sebanyak tiga kali iaitu pada 30 Julai 2021, 4 hingga 6 Ogos 2021 dan 12 hingga 13 Ogos 2021 mengikut kumpulan masing-masing.

Bengkel Pemurnian OACP 19 PBT pula telah diadakan pada 25 Ogos 2021, 27 Ogos 2021 dan 10 Ogos 2021 dengan dihadiri oleh JP-OACP dan SP-OACP.

Bengkel yang dikendalikan oleh CeIO MLGH dan PBT ini bertujuan untuk memurnikan hasil risiko dan pelan tindakan OACP 19 PBT 2022-2026 yang telah disediakan dalam perbincangan senario yang lepas.

Enam (6) bidang keutamaan dalam OACP 19 PBT

Pelan akhir OACP 19 PBT telah dibentangkan kepada JPTO pada 29 September 2021 untuk kelulusan dan buat masa ini, 19 PBT sedang menyemak Pelan OACP 19 PBT terakhir untuk ditambah baik selepas dibentangkan kepada JPTO sebelum ia dimuktamadkan.

Pegawai integriti yang dilantik telah memberikan sepenuh komitmen bagi memastikan pembangunan OACP 19 PBT berjalan dengan lancar seperti dalam perancangan.

Semua CeIO telah hadir dalam semua sesi perbincangan, pembentangan dan bengkel yang telah diadakan dalam proses penyiapan OACP 19 PBT.

Dalam pada itu, JPTO PBT telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dan memastikan pembangunan OACP berjalan seperti yang telah dirancang.

JPTO PBT dianggotai oleh ketua di setiap seksyen atau unit yang berfungsi untuk membangun serta melaporkan perkembangan pembangunan OACP dalam mesyuarat Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR) dan MLGH.

Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab untuk menganjurkan sesi pra-bengkel bagi mengumpul ‘hard data’ atau ‘literature review’ berkaitan bagi proses analis data semasa bengkel OACP berlangsung.

Ahli JPTO bersama Sekretariat Penyelaras OACP (SP-OACP) di PBT akan memantau dan melaporkan pelaksanaan dan status pencapaian OACP PBT kepada MLGH dan JAR mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Setakat ini, kesemua pegawai di PBT telah memberikan komitmen yang begitu tinggi di dalam usaha membangunkan OACP bagi mencapai objektif pelan tersebut iaitu menghapuskan amalan rasuah dan salah laku integriti di PBT.

Sehubungan itu, senario terperinci berkaitan rasuah, tadbir urus dan integriti akan dimasukkan ke dalam OACP 19 PBT.

Buat masa ini, PBT di bawah MLGH masih lagi dalam proses akhir penyiapan pelan OACP tersebut dan ia dijangka siap pada hujung tahun ini, seterusnya ia akan mula dilaksanakan pada Januari 2022. Difahamkan, satu (1) pelan OACP yang seragam akan dibangunkan dan diguna pakai oleh kesemua 19 PBT kecil di bawah MLGH untuk tempoh lima (5) tahun iaitu (2022-2026).

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]