Hospital Sri Aman Dijangka Siap Penghujung 2021

0
53

Projek pembinaan hospital baharu Sri Aman dengan kapasiti 108 buah katil yang kini memasuki fasa ke 2 iaitu kerja bangunan dan kerja-kerja berkaitan dijangka siap pada penghujung Disember 2021.

Projek yang menggunakan kaedah Konvensional Perunding ini dipantau sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia selaku agensi pelaksana yang telah dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Hospital baharu Sri Aman dijangka siap penghujung tahun 2021

Projek ini dilaksanakan dalam dua fasa iaitu Fasa 1 terdiri daripada Kerja Tanah & Rawatan Tanah dengan kos projek sebanyak RM 8 juta manakala  Fasa 2 terdiri daripada  Kerja Bangunan Hospital & Kuarters.

Pembinaan Fasa 2 projek ini dilaksanakan oleh kontraktor Faltech Engineering Sdn. Bhd. JV Welfield Services Sdn. Bhd. Perunding yang dilantik bagi pelaksanaan projek ini terdiri daripada Arkitek & Perunding Perubatan – Perunding Alam Bina Sdn. Bhd. ,Arkitek Yang Mengemukakan Pelan – Affrin Architect & Associate Sdn. Bhd.,Perunding C&S – Konsortium Malaysia, Perunding Mekanikal-Utas Kesturi Sdn. Bhd., Perunding Elektrikal – Konsortium Bumi Consultants & Services Sdn. Bhd., dan Perunding Ukur Bahan – KPK Quantity Surveyor (Sarawak) Sdn. Bhd.

Lawatan tapak memberikan gambaran sebenar perkembangan sesuatu projek

Untuk rekod, tarikh pemilikan tapak projek ini adalah pada 26 Oktober 2015 manakala tarikh siap semasa bagi projek ini adalah pada 29 Disember 2021.

Hospital Sri Aman yang terletak di Jalan Bayu bandar Simanggang ini dengan kos kontrak semasa bagi projek ini adalah sebanyak RM 181,476,154.45.

Sehingga kini, kemajuan fizikal semasa adalah 96% yang mana baki kerja merupakan pengujian dan pentauliahan sistem Mekanikal dan Elektrikal oleh juruteknik pakar selain sedikit baki kerja bangunan.

Taklimat aspek keselamatan sebelum memulakan lawatan tapak projek Hospital Baharu Sri Aman

Hospital baharu Sri Aman akan dijadikan sebuah hospital dengan perkhidmatan pakar yang menyediakan comprehensive secondary care level  iaitu General Medicine, General Surgery, Orthopaedics, Paediatrics ,Obstetric and Gynecology, Anaesthesiology ,Psychiatry, Rehabilitation (physiotherapy and occupational therapy), Pathology level II & Blood Transfusion services, Imaging serta Emergency services.

Taklimat perkembangan projek Hospital Baharu Sri Aman

Bagi memastikan perkhidmatan pakar tahap berkenaan, hospital ini direkabentuk dengan menyediakan kemudahan 108 katil seperti Wad Wanita, Wad lelaki , Wad kanak-kanak, Wad Obsterik, (3) Teater Pembedahan, ICU, Unit Kecemasan, Bahagian Pengimejan , Klinik Doktor Pakar, Unit Hemodialysis (14 mesin), Makmal Patologi dan lain-lain kemudahan berkaitan .

Meninjau kemudahan yang terdapat dalam bangunan Hospital baharu Sri Aman

Lapan Belas (18)  unit Staff Kuarters turut disediakan terdiri daripada Kuarters Kelas D (2 Unit), Kelas F (8 Unit) dan Kelas G (8 Unit). Skop kerja-kerja awam adalah termasuk 465 tempat letak kereta, 295 motosikal dan lain-lain bangunan sokongan.

Sepanjang tempoh 6 tahun pembinaan, projek ini telah membuka peluang pekerjaan kepada lebih 50 syarikat tempatan dan lebih 1000 peluang pekerjaan dari pelbagai kepakaran industri pembinaan.

Projek tersebut mendapat perhatian Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg apabila telah mengadakan lawatan ke Tapak Projek Hospital Baharu Sri Aman pada 22 Oktober 2021.

Antara delegasi lawatan yang diketuai oleh Ketua Menteri Sarawak
Acara penyampaian cenderahati
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]