Hospital Petra Jaya Dijangka Beroperasi 2024

0
310

Hospital Petra Jaya yang mengalami kelewatan pelaksanaannya dijangka akan beroperasi dalam tempoh tiga (3) tahun lagi iaitu pada tahun 2024.

Kebimbangan ini begitu dirasai oleh warga bandaraya Kuching dan kawasan berhampiran terutama mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang kini bergantung sepenuhnya kepada hospital Umum Sarawak.

Projek ini mendapat perhatian Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin sewaktu lawatan kerja beliau ke Hospital Umum Sarawak pada 26 September 2021 dan diminta media mengulas tentang perkembangan projek Hospital Petra Jaya.

Menteri Kesihatan turut mengadakan lawatan tapak ke projek Hospital Petra Jaya pada 26 September 2021
Menteri Kesihatan mendengar taklimat daripada agensi berkaitan

Beliau sedia maklum bahawa projek menyiapkan baki kerja-kerja terbengkalai hospital tersebut sudah mula dilaksanakan oleh kontraktor baharu pada Januari lalu (2021).

Jelas beliau, projek ini akan mengambil sedikit masa kerana dalam tempoh beberapa bulan ini, kontraktor baharu dilantik itu sedang melakukan kerja-kerja pembersihan tapak termasuk mengeluarkan peralatan kontraktor lama dan membersihkan kawasan tempat letak kereta yang telah dibanjiri air.

Beliau menambah semua kerja pembinaan sedang dalam pelaksanaan dan kita akan pastikan kontraktor baharu ini akan dapat menyiapkannya dalam masa yang ditetapkan dan mula beroperasi pada 2024.

Untuk rekod, Hospital Petra Jaya dibina bertujuan untuk menyediakan prasarana perkhidmatan kesihatan yang kondusif serta sebagai hospital kedua bagi penduduk di Bahagian Kuching termasuk Bau, Lundu dan sekitarnya.

Hospital Petra Jaya ini pada mulanya dijangka menelan kos keseluruhan RM495 juta dan mempunyai 300 buah katil itu dibina pada 30 Mei 2013 dan sepatutnya siap pada 30 Jun 2018.

Namun berikutan prestasi kemajuan projek yang tidak memuaskan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah mengeluarkan Notis Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor pada 2 Ogos 2018.

Sementara itu, pada perkara berkaitan Hospital Petra Jaya turut mendapat perhatian Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sewaktu lawatan kerja beliau ke Sarawak pada 23 Oktober 2021 yang telah melakukan tinjauan di hospital berkenaan.

Lawatan Perdana Menteri ke tapak projek Hospital Petra Jaya
Projek Hospital Petra Jaya turut mendapat perhatian Perdana Menteri sewaktu lawatan pada 23 Oktober 2021

Perdana Menteri berharap projek tersebut yang mengalami kelewatan itu perlu dipantau lebih ketat bagi memastikan projek tersebut berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan dan bagi mengelak projek berkenaan gagal dilaksanakan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]