Komitmen Lembaga Pelabuhan Rajang Banteras Gejala Rasuah

0
56

Lembaga Pelabuhan Rajang (LPR) telah membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi Lembaga Pelabuhan Rajang (OACP-RPA 2021-2025) sebagai komitmen dalam membanteras gejala rasuah.

Di LPR, Ketua Jabatan memainkan peranan penting dalam beberapa aspek pembangunan dan penyelarasan OACP seperti;

  • Menyelaras pembangunan dan pelaksanaan OACP
  • Menentukan sekretariat penyelaras OACP di peringkat organisasi
  • Melantik Jawatankuasa Pembangunan OACP
  • Memperuntukkan sumber kewangan, tenaga dan logistik
  • Memberi autoriti kepada Jawatankuasa Pembangunan OACP mengadakan perbincangan, semakan kajian dan penelitian terhadap segala kelemahan
  • Memastikan pematuhan pelan dan membuat pemantauan terhadap pencapaian pelaksanaannya
Muka Depan Buku OACP-RPA 2021-2025

Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi Organisasi (JPTO) yang dipengerusikan oleh Ketua Jabatan diamanahkan untuk menyelaras pelaksanaan OACP-RPA.

JPTO menerusi Unit Integriti (UI) telah menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan OACP (JP-OACP) yang dipengerusikan oleh Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) untuk membangun dan melaporkan terus perkembangan pembangunan OACP kepada JPTO.

Sehubungan itu, JP-OACP telah menganjurkan sesi pra-bengkel sebelum bengkel pembangunan OACP diadakan bagi tujuan mengumpul ‘hard data’ atau ‘literature review’ yang berkaitan bagi proses analisis data semasa bengkel OACP. 

Hard data’ yang dikumpulkan itu diperoleh daripada seksyen disiplin Jabatan, laporan unit audit dalaman, aduan dan lain-lain.

OACP-RPA 2021-2025 telah disediakan dengan meneliti proses-proses LPR secara menyeluruh dengan mengenal pasti empat (4) bidang keutamaan yang telah dikenal pasti.

Takilmat dan bengkel bengkel OACP-RPA 2021-2025

Penilaian ke atas kerangka OACP-RPA 2021-2025 ini dapat dihuraikan seperti berikut:

  • Empat (4) bidang keutamaan telah digariskan untuk mencapai objektif pelan iaitu;
  • Pentadbiran
  • Operasi
  • Kewangan dan Perolehan
  • Penguatkuasaan dan Undang-Undang
  • Empat (4) strategi digariskan untuk mencapai objektif pelan iaitu;
  • Merekayasa Perkhidmatan Awam ke arah tadbir urus baik
  • Memantapkan kecekapan penyampaian perkhidmatan dan pengendalian kargo
  • Memperkasa pematuhan tatacara kewangan dan perolehan
  • Memperkukuhkan kredibiliti penguatkuasaan dan undang-undang
  • Lima (5) objektif strategik dikenal pasti bagi mendukung strategi sekali gus mencapai sasaran yang dimanifestasikan dalam bidang keutamaan;
  • Memperkukuh peraturan dan memperketat pematuhan penyampaian perkhidmatan
  • Memantapkan etika kerja dan integriti
  • Meningkatkan kawalan dan pemantauan bekalan atau perkhidmatan
  • Meningkatkan ketelusan perolehan awam, pengurangan risiko rasuah, penyelewengan pasaran dan persaingan
  • Memperkasakan prosedur operasi standard (SOP) dan mengukuhkan nilai integriti kakitangan
  • Objektif strategik yang dinyatakan di atas akan disandarkan kepada 72 inisiatif yang perlu dicapai dan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun (2021-2025).
Kerangka OACP-RPA 2021-2025

Sehubungan itu, semua risiko berkenaan rasuah yang mungkin berlaku pada masa akan datang telah dimasukkan ke dalam OACP-RPA 2021-2025, namun LPR akan terus mengkaji OACP tersebut dari masa ke semasa. 

Sepanjang tempoh yang telah ditetapkan, pelaksanaan inisiatif-inisiatif untuk jangka masa pendek akan diberi keutamaan dahulu dan dipantau oleh peneraju. 

Manakala, pemantauan bagi inisiatif-inisiatif jangka masa sederhana dan panjang dilaksanakan mengikut peringkat dan masa yang telah ditetapkan dalam OACP. 

Pemantauan dan kemaskini status pelaksanaan inisiatif OACP dilaporkan melalui Sistem ‘Status Kemajuan Pelaksanaan Pelan Antirasuah Organisasi (SKP-OACP) ke Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNION), Jabatan Ketua Menteri (JKM).

Seiring dengan Pekeliling Integriti Negeri Sarawak bilangan 1 Tahun 2020, dan bagi memeta hala tuju, rangka dasar agenda pembangunan, pemodenan pengurusan dan sistem penyampaian perkhidmatan bagi tempoh lima tahun akan datang, beberapa inisiatif telah dilaksanakan.

Antaranya ialah, taklimat dan pra bengkel OACP-RPA telah diadakan pada 22 Disember 2020, diikuti Bengkel OACP-RPA yang diadakan selama tiga (3) hari, iaitu pada 6 hingga 8 Januari 2021 bertempat di Lembaga Pelabuhan Rajang.

Bengkel OACP-RPA telah berlangsung dengan jayanya dengan khidmat nasihat dari pihak UNION dan CEiO LPR. Seramai 24 peserta dari LPR telah  menghadiri bengkel tersebut.

Inisiatif-inisiatif lain termasuklah;

  • Pemurnian draf OACP-RPA telah diadakan pada 2 Februari 2021
  • Pelantikan Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi Organisasi(JPTO)
  • Pelantikan Sekretariat Penyelaras OACP Organisasi (SP-OACP)
  • Pelantikan Jawatankuasa Pembangunan OACP (JP-OACP)

CeIO berperanan sebagai SP-OACP yang dilantik oleh JPTO untuk memastikan keberkesanan JP-OACP serta memberi khidmat nasihat mengenai pelaksanaan OACP di LPR selain memantau dan mengemaskini status pelaksanaan inisiatif OACP yang dilaporkan melalui sistem ‘Status Kemajuan Pelaksanaan Pelan Antirasuah Organisasi (SKP-OACP) ke UNION.

Sebagai Sekretariat kepada Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR) LPR, CeIO turut membantu dalam usaha membendung gejala rasuah melalui pemantauan terhadap aktiviti-aktiviti yang berkenaan dengan urus tadbir, integriti dan anti rasuah.

Slogan OACP-RPA 2021-2025
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]