BDA Perkenalkan Aplikasi Digital Parking Mulai Mei 2022

0
45

Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) pada awal Mei yang lepas telah memperkenalkan serta melancarkan kaedah meletak kereta tanpa kupon (Digital Parking) bagi memudahkan pembayaran tempat letak kereta di lot yang diwartakan untuk tujuan parkir di seluruh Bandar Bintulu.

Pengenalan sistem baharu itu selaras dengan saranan Kerajaan Negeri yang ingin melihat Bintulu diantara bandar di Sarawak mendapat pengiktirafan Smart Citymenjelang 2030.

Aplikasi Digital Parking BDA

Memetik kenyataan daripada Pengurus Besar BDA, Datu Hj. Muhammad Yakup Bin Kari ketika pelancaran Majlis Menandatangani Perjanjian diantara BDA Properties Sdn Bhd. dan BPS Sdn Bhd baru-baru ini berkata pengenalan sistem baharu itu selaras dengan saranan Kerajaan Negeri yang ingin melihat Bintulu diantara bandar di Sarawak mendapat pengiktirafan Smart Citymenjelang 2030.

“Menerusi aplikasi ini pengguna boleh membuat bayaran parkir kereta tanpa tunai menerusi telefon pintar. Dengan itu kita menghampiri “cashless society yang sering diperkatakan dewasa ini,” tambah Datu Haji Muhammad Yakup

“Aplikasi ini dikenali sebagai BorneoParkBTU dan boleh dimuat turun secara percuma menerusi Android Play Store dan Apple Apps Store. Aplikasi ini boleh digunakan oleh orang ramai mulai 1 Mei 2022 “

Untuk tujuan promosi dan menggalakkan penggunaan Aplikasi ini, tawaran percuma RM5 bagi seribu pengguna pertama yang mendaftar dalam bentuk tambah nilai (reload) akan diberikan.

Beliau berkata, pengguna boleh mendaftarkan beberapa kenderaan serentak dan membayar tanpa perlu berada berdekatan kereta berkenaan.

“Jumlah tambah nilai (reload) yang boleh didapati adalah RM5, RM10, RM20, RM30, RM40 dan RM50. Pengguna boleh melakukan transaksi melalui Sarawak Pay, perbankan online dan kad kredit/debit.”

Lembaga Kemajuan Bintulu mengorak langkah ke hadapan bagi memudahkan pengguna di Bintulu khasnya dan diharap akan mengurangkan rungutan mengenai penggunaan kupon selama ini.

Setakat ini, jumlah petak parkir berwarta yang diurus BDA Properties Sdn.Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh Lembaga Kemajuan Bintulu ialah kira-kira 6,500 dan apabila lebih banyak kawasan lagi diwartakan nanti jumlah itu akan meningkat ke lebih 13,000 petak.

Sistem digital parking ini telah dilaksanakan di Bandaraya Miri mulai tahun 2021 dan sekarang mempunyai lebih 70,000 pengguna. Di Bintulu ianya akan berjalan serentak dengan kaedah kupon sehingga suatu tarikh nanti.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]