Seksyen Pujut Lebuh Raya Pan Borneo Dibuka Sepenuhnya

0
67

Seksyen di bawah projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak iaitu Seksyen Pujut dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 7 Ogos 2022.

Seksyen Pujut adalah seksyen yang dibina sepanjang 15.9 km di bawah Pakej Kontrak Kerja 11 (WPC11). Skop pembinaan di bawah Seksyen Pujut juga merangkumi pembinaan dua jejambat iaitu jejambat Lapangan Terbang Miri dan jejambat Pujut Link serta dua buah jambatan, iaitu jambatan Sungai Adong dan Sungai Miri.

Seksyen Pujut dibina sepanjang 15.9 km merangkumi pembinaan dua jejambat iaitu jejambat Lapangan Terbang Miri dan jejambat Pujut Link serta dua buah jambatan, iaitu jambatan Sungai Adong dan Sungai Miri
Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob diberikan taklimat tentang pakej Seksyen Pujut, Pan Borneo
Jejambat Pujut Link
Seksyen Pujut ini akan menjadi pelengkap kepada jajaran Pan Borneo yang menjadi pintu masuk ke sebelah utara Sarawak

Jejambat Pujut Link merupakan salah satu daripada empat jejambat iaitu Beluru, Bekenu dan Lapangan Terbang Miri yang dibina dengan panjang 605 meter. Dua lagi seksyen di bawah pakej ini ialah Seksyen Beluru dan Seksyen Lambir, yang masih lagi dalam proses pembinaan.

Projek tersebut juga sebahagian daripada fasa pertama Lebuhraya Pan Borneo sepanjang lebih 786 km merentasi bahagian utara Pulau Borneo.

Jejambat Lapangan Terbang Miri

Anggaran kos keseluruhan projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di bawah Seksyen Pujut ini adalah RM470 juta. Seksyen Pujut ini mula dibina pada 1 November 2016 dan siap sepenuhnya pada 2 Julai 2022.

Projek di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan ini mampu membantu menyuraikan trafik dari Lapangan Terbang Miri ke Kuala Baram yang memberi kemudahan kepada penduduk sekitar Emart Riam, Miri Sentral sehingga Permy Jaya untuk bergerak dengan lebih selesa dan selamat.

Seksyen Pujut ini bukan sahaja menyuraikan trafik malah turut memberikan keselesaan pemanduan kepada penduduk yang tinggal berhampiran

Majlis bersejarah ini telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob bersama Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg. Turut hadir adalah Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, YB Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Majlis bersejarah ini telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob bersama Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg

Pelaksanaan projek ini juga merupakan bukti komitmen Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan rangkaian jalan raya sedia ada, secara lebih terancang, sistematik dan efisien. Ia juga dilakukan bagi meningkatkan kesalinghubungan Keluarga Malaysia di Sarawak.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]