Puteri Dang Balai Yayasan Sarawak, ‘Raja Sungai’ Regata Sarawak 2022

0
36

Kejayaan pasukan dari Yayasan Sarawak tersebut turut merampas kembali kejuaraan yang pernah dimenangi pada tahun 2018 sekali gus membawa pulang Piala Tuan Yang Terutama (TYT) berserta wang tunai berjumlah RM20,000 selain piala pusingan bagi kategori perahu bidar 30 orang pekayuh lelaki.

Pasukan Puteri Dang Balai Yayasan Sarawak Lima memintas pasukan GP Binladen Empat
Pengunjung tidak berganjak dari tempat masing-masing untuk mengetahui keputusan akhir

Tempat kedua, pasukan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Pantai Damai GP Binladen Empat di tempat kedua dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 dan piala iringan.

Manakala tempat ketiga, menjadi milik Pasukan UDAK dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM8,000 dengan piala iringan.

Acara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan, YB Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang mewakili Tuan Yang DiPertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di  Tebingan Sungai Kuching.

Puteri Dang Balai Yayasan Sarawak Lima diumumkan sebagai ‘Raja Sungai’ mendapat tempat pertama, tempat kedua pasukan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Pantai Damai GP Binladen Empat dan tempat ketiga, menjadi milik Pasukan UDAK

Perlumbaan Perahu Regata Sarawak berlangsung pada hujung minggu pertama November (4-6 November) mempertandingkan 14 kategori lumba perahu melibatkan perahu balok, bidar dan Kenyalang.

Menariknya tahun ini, satu kategori baharu dipertandingkan iaitu Kategori Perahu Tambang (berdayung) sebagai salah satu usaha mengekalkan warisan dan budaya perahu tambang.

Sebaik sahaja selepas menamatkan perlumbaan akhir
Sebaik sahaja keputusan rasmi diumumkan
Kegembiraan terpancar pada wajah pasukan Puteri Dang Balai Yayasan Sarawak Lima yang berjaya merampas kembali kejuaraan yang pernah dimenanginya pada tahun 2018
Pengunjung yang membanjiri Tebingan Kuching seawal pagi untuk menyaksikan perlumbaan perahu Sarawak Regata 2022
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]