Meninjau Pembangunan Terkini Daerah Selangau

0
131

Pembangunannya yang semakin pesat ditambah pula dengan jumlah penduduk yang semakin bertambah dari tahun ke tahun, maka pada 1 Mac 2002, Selangau telah diisytiharkan sebagai sebuah daerah baru dan diletakkan di bawah pentadbiran Bahagian Sibu.

Selangau terletak di tebing batang Sungai Mukah berdekatan Sungai Selangau.

Pemandangan waterfront Selangau yang indah berupaya menjadi daya tarikan kepada para pengunjung

Kebanyakan penduduknya adalah berbangsa Iban (majoriti) dan Cina, namun terdapat juga kaum yang lain seperti Melayu dan Melanau.

Mengikut sejarah, Selangau mendapat nama daripada sebatang sungai yang digelar Sungai Selangau oleh penduduk tempatan.

Sejarah moden Selangau bermula pada Jun 2002 apabila ia dinaiktaraf menjadi sebuah daerah secara rasmi oleh pentadbiran Kerajaan Sarawak.

Dari segi pentadbiran, Daerah Selangau meliputi kawasan Ulu Batang Oya, Sungai Pakoh dan Batu 28, manakala Rumah Willie Benson adalah sempadan pentadbiran dengan bahagian Mukah dan kawasan Batu 88 Arip adalah sempadan pentadbiran daerah ini dengan Daerah Tatau Bintulu.

Bangunan Pejabat Daerah Selangau yang baharu telah menjadi mercu tanda pentadbiran di Daerah Selangau

Pada awalnya, sistem perhubungan banyak bergantung kepada pengangkutan air disebabkan Selangau terletak di tepi sungai Mukah.

Namun dengan siapnya jalan Pan Borneo dari Sibu ke Bintulu, sistem pengangkutan jalan raya sudah bertambah baik, dan bandar-bandar lain seperti Sibu, Sarikei hingga ke Kuching sudah dapat dihubungi dengan mudah.

Perkembangan ini juga telah banyak membantu pembangunan ekonomi Selangau terutamanya industri berasaskan kayu, perbankan, komunikasi, perladangan dan pengangkutan yang menjadi pusat persinggahan penduduk dari bahagian tengah Sarawak seperti Sibu, Mukah dan Bintulu.

Daerah Selangau yang seluas 3,795-kilometer (km) persegi, mempunyai bilangan penduduk pada tahun 2019 diunjurkan 27 ribu orang dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan adalah 1.6 peratus. (Lelaki – 51.4% dan perempuan – 48.6 %).

Bangunan Pejabat Daerah Selangau yang baharu telah menjadi mercu tanda pentadbiran di Daerah Selangau

Terdapat 9,300 tempat kediaman dan 8,100 isi rumah dengan purata saiz isi rumah adalah 2.6 orang.

Penduduk Selangau terdiri daripada 94.1 peratus warganegara dengan komposisi mengikut etnik adalah 95.3 peratus bumiputera (Melayu, Iban, Bidayuh, Melanau dan Bumiputera lain) 4.1 peratus Cina dan 0.6 peratus lain-lain termasuk India.

Daerah Selangau mempunyai 23 buah sekolah iaitu 22 buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah yang direkodkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Selangau (PPD) Selangau pada tahun 2019.

Bilangan guru dan murid di sekolah rendah adalah 320 orang guru dan 2,312 orang murid manakala sekolah menengah mencatatkan 50 orang guru dan 588 orang murid pada tahun 2019. (Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia)

Daerah Selangau mempunyai empat (4) buah klinik kesihatan termasuk klinik ibu dan anak serta sebuah Klinik Desa pada tahun 2018.

Pada tahun 2021, terdapat beberapa projek utama yang berimpak besar telah dilaksanakan di Daerah Selangau antaranya;

Bangunan Pentadbiran Baharu (Pejabat Daerah Selangau)

Daerah Selangau kini mempunyai pusat pentadbiran yang baharu, iaitu bangunan Pejabat Daerah Baharu setinggi tiga (3) tingkat.

Bangunan yang menelan kos RM3,538,908 ini telah mula dibina pada 8 April 2019 dan siap sepenuhnya pada 14 Jun 2021.

Bangunan pentadbiran baharu ini akan memberi banyak manfaat kepada rakyat di Selangau kerana ia bakal menempatkan pelbagai agensi kerajaan termasuklah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.

Projek Tebingan Sungai (Waterfront) Selangau.

Kini penduduk Selangau boleh menikmati keindahan tebingan sungai Batang Mukah yang masih menjadi laluan utama para penduduk dari Ulu Batang Mukah menggunakan Perahu Panjang.   

Dengan adanya Projek “Concrete Platform, Board walk and Gazebo” atau “Waterfront”, Selangau akan menjadi satu tempat yang boleh menarik pengunjung luar berkunjung ke Daerah ini.

Selain itu ia juga melibatkan naik taraf Pasar No.3 yang sedia ada sebagai daya tarikan para pengunjung dalam dan luar Daerah Selangau.

Projek ini telah dilaksanakan pada 30 September 2019 dan siap pada 15 Jun 2022 dengan kos pembinaan berjumlah RM4 juta.

Projek ini sebenarnya untuk merancang sektor pelancongan Pekan Selangau dan menarik pengunjung dari seluruh Sarawak di samping membantu meningkatkan aktiviti ekonomi orang tempatan di Daerah Selangau.

Pasar Selangau

Penduduk dalam dan luar Daerah Selangau kini senang untuk melakukan aktiviti ekonomi, mereka senang memasarkan dan mendapatkan hasil sayuran, ikan dan binatang dari hutan dengan adanya pasar Selangau.

Tamu Selangau

Memandangkan Daerah Selangau dilalui  Lebuhraya Pan Borneo, ini merancakkan lagi aktiviti ekonomi harian penduduk Selangau.

Pasar ini juga terkenal dengan hasil sayur-sayuran kampung dan ikan Tapah, ikan Baong, ikan Lajung dan binatang hutan yang amat digemari oleh pengunjung dari luar Selangau.

Selangau mempromosikan pertanian moden dengan memperkenalkan kaedah tanaman secara Fertigasi dan Hidroponik. Penduduk Selangau kini lebih selesa berurusan terutama berkenaan aktiviti pertanian dan sekaligus akan meningkatkan taraf ekonomi penduduk Selangau.

Bandar Baharu Selangau

Kerancakan aktiviti ekonomi Daerah Selangau Semakin berkembang pesat membangun dengan adanya “bandar baharu” yang baru jadi gunakan oleh peniaga pada Januari  tahun 2022.

Projek ini dilaksanakan oleh Pemaju memandangkan keadaan Pekan Selangau yang sedia ada tidak mencukupi untuk berniaga.

Keadaan Pekan lama Selangau

Dengan adanya Pasar besar seperti SINYIN, D.I.Y dan Everwin di Pekan baharu ini akan merancang aktiviti ekonomi penduduk Selangau dan luar Selangau untuk berkunjung ke Pekan Selangau.

Balai Bomba Selangau

Daerah Selangau juga mempunyai Balai  Bomba yang bertaraf “D” yang diketuai oleh Penguasa Bomba dan 25 orang anggota yang terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan.

Balai Bomba Daerah Selangau yang bertaraf “D”

Dengan adanya Balai Bomba ini akan dapat membantu untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk Selangau terutamanya semasa Bencana Banjir dan musibah kebakaran.

Jabatan Pertanian Selangau

Jabatan Pertanian Daerah yang diketuai oleh Penolong Pegawai Pertanian dan 11 orang kakitangan yang terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan.

Sebagai langkah untuk memodenkan sektor pertanian bagi meningkatkan pengeluaran dan melestarikan pertanian Daerah mencapai matlamat menjadi pengeksport bersih makanan menjelang tahun 2030, Jabatan Pertanian Selangau mempromosikan pertanian moden dengan memperkenalkan kaedah tanaman secara Fertigasi dan Hidroponik.

Penduduk Selangau kini lebih selesa berurusan terutama berkenaan aktiviti pertanian dan sekali gus akan meningkatkan taraf ekonomi penduduk Selangau.

Lebuh Raya Pan Borneo

Projek  Lebuh raya Pan Borneo, yang dijangka siap pada tahun hadapan, maka Pekan Selangan boleh dihubungi terus dari semua bahagian di Sarawak.

Projek Lebuhraya Pan Borneo yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2023

Memandangkan lokasi Daerah Selangau strategik di tepi jalan Sibu/Bintulu, maka dapatlah para pelancong dari luar dan dalam berkunjung untuk mendapatkan hasil jualan penduduk tempatan Selangau, justeru itu, dapat merancang serta menambahkan lagi pendapatan ekonomi penduduk tempatan Selangau. Masyarakat di Selangau sangat berterima kasih kepada pihak kerajaan Negeri Sarawak kerana sungguh prihatin terhadap kesusahan kehidupan rakyat Daerah ini.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]