- Advertisement -spot_img
4,846
published news
and counting

Pelan Strategik Pembangunan 2022-2030 dan RADDA 2030

Must read

Selaras dengan Post Covid Development Strategy (PCDS) 2030, Pejabat Residen Bahagian Sarikei termasuk Pejabat Daerah Sarikei telah bersedia lebih awal dengan rancangan jangka panjangnya untuk memastikan pembangunan Sarikei khususnya dan Delta Rajang amnya dapat dilaksanakan lebih menyeluruh dan terancang.

Bengkel Pelan Strategik Pembangunan Bahagian Sarikei 2022 hingga 2030 telah diadakan di Sarikei Innovation Centre (SIC), Sarikei pada    15 hingga 16 Julai 2022 untuk merangka Pelan Perancangan Pembangunan Bahagian Sarikei 2022 hingga  2030.

Bengkel ini dijayakan dengan penglibatan pelbagai Kementerian, Agensi dan Jabatan di peringkat Negeri dan Bahagian Sarikei. Daripada hasil perbincangan tersebut (Bengkel Pelan Strategik Pembangunan Bahagian Sarikei 2022 – 2030), beberapa kerangka penting seperti Pembangunan Infrastruktur dirancang (cadangan 34 projek), Pembangunan Utiliti dan Telekomunikasi (9 projek), Pembangunan Pertanian (4 projek), Pembangunan Sosioekonomi (21 projek) dan Pembangunan Sosial (31 projek).

Sebanyak sembilan buah projek pembangunan utiliti dan telekomunikasi dirancang untuk dilaksanakan di Sarikei sehingga 2030 yang melibatkan kos sebanyak kira-kira RM649 juta

Penubuhan Rajang Delta Development Agency (RADDA) dengan peruntukan sebanyak RM 1.5 bilion telah diumumkan oleh YAB Premier Sarawak semasa penutupan Konvensyen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Kuching.  RADDA dipengerusikan oleh YB Datu Haji Len Talif Salleh Timbalan Menteri Perancangan, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Merangkap ADUN N.41 Kuala Rajang.

Mesyuarat pertama bagi membincangkan penyelarasan penubuhan RADDA telah diadakan pada 1 Julai 2022 di SIC.   

Persempadanan RADDA adalah merangkumi sebelas (11) Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bahagian Sarikei dan Bahagian Mukah.  Kerangka Pelan Pembangunan RADDA memfokuskan kepada lima (5) strategi utama iaitu Pembangunan Infrastruktur, Pembangunan Utiliti dan Digital, Pembangunan Pertanian- Bakul Makanan, Pembangunan Ekonomi  dan Pembangunan Sosial.

Makmal susulan untuk (Bengkel Pelan Pembangunan Rajang Delta Development Agency (RADDA)) telah diadakan dari 1 hingga 3 Ogos 2022 di Sibu,  melibatkan seramai 200 peserta daripada pelbagai kementerian, agensi, jabatan kerajaan dan KMKK di Bahagian Sarikei dan Bahagian Mukah.

Makmal ini bertujuan untuk merangka Strategi Pembangunan RADDA 2030 bagi memastikan perancangan pembangunan yang menyeluruh, sistematik dan dikoordinasikan supaya mencapai matlamat lima (5) strategi yang dirancang.

Segala input daripada makmal  ini akan dijadikan panduan dan kerangka kertas kerja untuk pembangunan sektor dalam Koridor Rajang Delta bagi tempoh 2022 hingga 2030.

Hasil Perbincangan Bengkel Pelan Strategik Pembangunan Bahagian Sarikei 2022 – 2030:

KerangkaBil. Projek DicadangkanKos Projek Dicadangkan (RM)
Pembangunan Infrastruktur341,645,040,000.00
Pembangunan Utiliti dan Telekomunikasi9648,825,000.00
Pembangunan Pertanian460,000,000.00
Pembangunan Sosioekonomi211,080,200.00
Pembangunan Sosial31956,166,700.00

Hasil Perbincangan Bengkel Pelan Pembangunan Rajang Delta Development Agency (RADDA) untuk Bahagian Sarikei:

KerangkaBil. Projek DicadangkanKos Projek Dicadangkan (RM)
Pembangunan Infrastruktur472,829,060,000.00
Pembangunan Utiliti dan Telekomunikasi18845,825,000.00
Pertanian – Pembangunan Bakul Makanan303,408,2251,860.00
Pembangunan Ekonomi271,660,400,000.00
Pembangunan Sosial451,245,816,700.00
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article