- Advertisement -spot_img
4,846
published news
and counting

CORS Station Menyediakan Infrastruktur Jaringan Geodetic

Must read

CORS station akan  menjadi infrastruktur jaringan geodetic yang lebih tepat dan mudah capaian di samping menjadi platform yang tepat ke arah pewujudan kemudahan infrastruktur pemetaan sehenti yang diasaskan kepada plan kadastar sedia ada.

Pengarah Tanah dan Survei Sarawak, YBhg Datu Abdullah bin Julaihi menyampaikan progres sistem berkenaan dan kolaborasi dengan UTM tersebut sewaktu ucapan aluan beliau  pada Majlis Makan Malam LANDAS Summit 2023.

CORS station adalah bermatlamat untuk mewujudkan sistem kadastar moden yang berpaksikan geosentrik

Melalui kolaborasi Jabatan Tanah dan Survei Sarawak dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada tahun 2022 berkaitan makmal satelit telah memungkinkan wujudnya CORS station di Sarawak.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Jabatan Tanah dan Survei Sarawak dengan Agensi Angkasa Malaysia

Fasa pertama projek ini telah pun bermula dengan menyasarkan bahagian Kuching, Samarahan dan Serian dan tentunya Gedong berada di kawasan ini untuk migrasi datum berasaskan BT 68 Datum coordinate kepada centric coordinate SG eD20 (Sarawak Geocentric Datum) di dalam penyediaan sistem kadastar moden sebagaimana negara maju antara lainnya seperti Korea Selatan, Turkiye dan Jepun.

Jelas beliau lagi, kolaborasi dengan UTM turut melibatkan pembangunan sumber manusia dengan penekanan kepada kursus-kursus peringkat sarjana bagi pegawai-pegawai di Jabatan yang boleh diikuti melalui program pesisir.

Seramai 15 pegawai di Jabatan telah pun dikenal pasti dan dipersetujui oleh UTM untuk program tersebut.

Selain itu, menurut beliau lagi YAB Premier melalui beberapa perbincangan telah pun menyarankan  mewujudkan satu kerusi kajian di UTM yang berfokus kepada perubahan iklim dan tenaga hijauyang telah pun diperincikan

Selain daripada itu, kolaborasi telah dan sedang diadakan bersama UiTM khususnya di dalam menyediakan sumber manusia terutamanya di dalam bidang Perancangan Bandar dan Desa, di samping kolaborasi-kolaborasi lain bersama rakan strategik kita.

Ini adalah susulan kolaborasi-kolaborasi sebelumnya untuk perkongsian  maklumat atau data imej satelit dengan resolusi 1.5 meter untuk menghasilkan peta litupan tanah terkini serta maklumat-maklumat lain yang amat penting di dalam tugas seharian di Jabatan.

Premier Sarawak menandatangani kehadiran sebelum bermulanya Majlis Makan Malam LANDAS Summit 2023
Ketua Pengarah MYSA Azlikamil menunjukkan kepada Premier Sarawak peta Satelit Kampung Gedong dan Mini Ithmus Gedong
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article