- Advertisement -spot_img
4,846
published news
and counting

Program Larian Kesihatan MAKSAK di Sibu

Must read

Setiausaha Kerajaan Sarawak, YB Datuk Amar Mohamad Abu Bakar telah mengetuai Program Larian Kesihatan Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Sarawak (MAKSAK) yang dianjurkan oleh Pejabat Residen Bahagian Sibu dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu

Dianggarkan seramai 850 peserta telah menyertai Larian Kesihatan MAKSAK diadakan di Dataran Tun Tuanku Haji Bujang, Sibu pada 18 Mac 2023.

Program Larian MAKSAK telah dimulakan dengan acara senaman aerobik seawal jam 7.30 pagi, kemudian diteruskan dengan larian yang bermula dari Dataran Tun Tuanku Bujang sejauh 5 kilometer melalui Jalan Tun Abang Haji Openg.

Kira-kira 850 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan berjalan atau berlari secara santai sejauh lima (5) kilometer di sekitar pusat bandar Sibu
Acara senaman aerobik seawal jam 7.30 pagi Dataran Tun Tuanku Bujang
Antara matlamat aktiivti Larian Kesihatan MAKSAK ialah adalah untuk menggalakkan kakitangan Perkhidmatan Awam bergiat dalam kegiatan-kegiatan kecergasan dan rekreasi

Turut serta ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, YB Datuk Dr. Annuar Rapaee, Timbalan Setiausaha Sarawak, YBhg Datu Buckland Bangik, Residen Bahagian Sibu, Wong Hee Sieng, Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Samuel Simon, Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), Samawwi Mohamad dan Pemanca Datuk Jason Tai.

Sebaik selepas selesainya acara larian kesihatan MAKSAK, Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar turut meluangkan masa mengadakan lawatan Ziarah Kasih Sokongan ke Tempat Transit Gelandangan (TTG) Sibu.

Program Larian MAKSAK telah dimulakan dengan acara senaman aerobik seawal jam 7.30 pagi Dataran Tun Tuanku Bujang

Semasa lawatan tersebut, beliau menyatakan agar lebih banyak TTG akan ditubuhkan di negeri Sarawak malah beliau turut mempelawa badan bukan kerajaan (NGO) untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam menubuhkan pusat seumpama itu bagi membantu gelandangan.

Menurut beliau, lawatan Ziarah Kasih yang diadakan itu adalah sebahagian daripada usaha memberi sumbangan dan membincangkan bagaimana NGO dapat menambah baik tempat dan sistem di TTG tersebut.

Setiausaha Kerajaan Sarawak menyerahkan sumbangan kepada gelandangan di Tempat Transit Gelandangan (TTG) Sibu

Terdapat seramai 16 orang penghuni mendapat perlindungan sementara di TTG dan 16 orang sukarelawan yang bertugas membantu dalam meningkatkan kemahiran keusahawanan sosial bagi menjana pendapatan serta berdikari mereka.

Selain itu, ia juga adalah sebahagian daripada inisiatif sukarelawan anggota perkhidmatan awam kepada orang ramai kerana beliau amat menggalakkan penjawat awam, selain daripada bekerja, mereka juga harus dapat melakukan sesuatu untuk orang ramai.

Jelas beliau, ini merupakan salah satu daripada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka dalam membantu kebajikan, pembangunan dan kesejahteraan komuniti serta organisasi yang selaras dengan Sustainable Development Goal (SDG).

Setiausaha Kerajaan Sarawak turut melihat aktiviti yang dijalankan di Tempat Transit Gelandangan (TTG) Sibu

Sesuai dengan matlamat MAKSAK Sarawak, program CSR ini juga dilaksanakan untuk memupuk serta memantapkan Nilai Bersama Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS) iaitu baik hati dan prihatin (kind and caring).

Semasa lawatan Ziarah Kasih tersebut, Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar turut memuji para NGO, sukarelawan dan pekerja dalam menjalankan pengoperasian TTG dan atas jasa besar mereka kepada gelandangan.

Beliau juga telah meluangkan masa beramah mesra dengan para gelandangan serta sempat bertanya mengenai produk yang dihasilkan oleh penghuni di TTG.

Setiausaha Kerajaan Sarawak menanam pokok sempena Lawatan Ziarah Kasih yang diadakan di Tempat Transit Gelandangan (TTG) Sibu
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article