- Advertisement -spot_img
4,846
published news
and counting

Transformasi Penyampaian Perkhidmatan Pelanggan

Must read

Pewujudan Service Sarawak pada Disember 2018 adalah salah satu inisiatif transformasi penyampaian perkhidmatan pelanggan Perkhidmatan Awam Sarawak.

Bermula dengan perkhidmatan kaunter atau secara fizikal, perkhidmatan Service Sarawak kini boleh dicapai secara dalam talian sejak Service Sarawak Digital diperkenalkan pada Disember 2021.

Pusat Service Sarawak

Pusat Service Sarawak merupakan perkhidmatan kaunter pelbagai di bawah satu bumbung berkonsepkan ‘One Government at Your Service’ yang memudahkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan agensi-agensi barisan hadapan Kerajaan Sarawak.

Pusat Service Sarawak adalah pusat perkhidmatan sehenti pertama yang diwujudkan pada Disember 2018

Pusat Service Sarawak menyediakan kemudahan kaunter perkhidmatan sehenti 51 perkhidmatan daripada 38 agensi, kiosk pembayaran layan diri (Kiosk Service Sarawak) dan kemudahan komputer termasuk internet percuma.

Setakat ini, terdapat lima (5) buah pusat Service Sarawak yang boleh dikunjungi di lokasi-lokasi berikut:

  1. Pusat Service Sarawak Kuching, UTC Kuching
  2. Pusat Service Sarawak Serian, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak, Bahagian Serian
  3. Pusat Service Sarawak Sri Aman, Hotel Seri Simanggang
  4. Pusat Service Sarawak Sibu, UTC Sibu
  5. Pusat Service Sarawak Miri, UTC Miri
Pengguna boleh mengimbas kod QR untuk menjejaki lokasi Pusat Service Sarawak

Pusat Service Sarawak diwujudkan bertujuan untuk menyantuni kehendak dan keperluan rakyat selain meningkatkan pengalaman semasa berurusan dengan Kerajaan.

Orang ramai boleh menjejak lokasi Pusat Service Sarawak dengan mengimbas kod QR di portal https://service.sarawak.gov.my/

Kiosk Service Sarawak

Pusat Service Sarawak juga menyediakan kemudahan pembayaran melalui Kiosk Service Sarawak.

Perkhidmatan Kiosk Service Sarawak memudahkan pelanggan membuat pembayaran bil utiliti dan cukai pintu

Melalui kaedah perkhidmatan tersebut, orang ramai boleh membuat pembayaran bil dengan lebih mudah dan pada bila-bila masa sahaja kerana yang diperlukan hanya nombor akaun bil pilihan.

Kelebihan Kiosk Service Sarawak ialah pelanggan tidak perlu lagi berbaris menunggu giliran di kaunter perkhidmatan, sebaliknya cuma perlu menggunakan bil utiliti dan pembayaran boleh dilakukan menggunakan kad debit atau kad kredit.

Selain membuat pembayaran bil, pelanggan juga boleh menyemak sejarah pembayaran bil dengan menggunakan nombor bil atau membuat imbasan kod bar pada bil dan membuat pengesahan Sarawak ID melalui kiosk tersebut.

Semakan pembayaran bil melalui Kiosk Service Sarawak memudahkan orang ramai membuat semakan sebarang tunggakan atau transaksi pembayaran yang telah dilakukan.

Senarai lokasi Service Sarawak Kiosk:

  1. Pusat Service Sarawak Kuching, UTC Kuching
  2. Summer Mall, Samarahan
  3. Pusat Service Sarawak Serian, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak, Bahagian Serian
  4. Eastern Mall, Serian
  5. Pusat Service Sarawak Sri Aman, Hotel Seri Simanggang
  6. Pejabat Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian, Betong
  7. Pusat Service Sarawak, Sibu
  8. Sing Kwong Shopping Complex, Sibu
  9. Pejabat Daerah Selangau, Sibu
  10. Pejabat PERBINDA Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Bintulu
  11. Pusat Service Sarawak Miri, UTC Miri
  12. EMART Riam, Miri
  13. Pejabat JBALB Daerah, Lawas

Orang ramai boleh membayar bil air, elektrik, gas dan cukai pintu dengan menggunakan Kiosk Service Sarawak.

Service Sarawak Digital

Selain perkhidmatan kaunter, perkhidmatan Service Sarawak juga boleh dicapai secara digital menerusi portal rasmi Service Sarawak dan aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun di Google Play, Apple Store dan Huawei App Gallery.

Paparan senarai perkhidmatan dalam talian Service Sarawak Digital

Perkhidmatan secara dalam talian Service Sarawak Digital telah dilancarkan pada Disember 2021 serentak dengan pelancaran rasmi pusat Service Sarawak Sri Aman yang beroperasi di Hotel Seri Simanggang.

Kaedah pembayaran tanpa tunai Service Sarawak Digital membolehkan pengguna membuat pembayaran pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada dengan menggunakan telefon pintar dan peranti mudah alih.

Lebih daripada itu, inisiatif mendigitalisasikan perkhidmatan Service Sarawak dapat meringankan beban pengguna, apatah lagi bagi mereka yang sibuk dengan urusan kerja seharian di samping dapat menjimatkan kos pengangkutan.

Melalui Service Sarawak Digital, orang awam boleh membuat pembayaran pelbagai jenis bil seperti bil utilti (air dan elektrik), cukai pintu dan sebagainya dengan mudah dan cepat.

Setakat ini, sebanyak 34 buah agensi Kerajaan Sarawak telah memperluaskan sebahagian perkhidmatan menggunakan platform Service Sarawak Digital.

Antaranya ialah 26 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Sarawak, Lembaga Air Kuching (KWB), Lembaga Air Sibu (SWB), Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU), Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak, Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Sarawak Gas Distribution Sdn Bhd.

Portal rasmi Service Sarawak yang boleh dilayari di www.service.sarawak.gov.my
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article