- Advertisement -spot_img
Thursday, 29 February 2024 6:57pm

Projek Model Ladang Hutan Sarawak

Must read

Projek Model Ladang Hutan Sarawak telah ditubuhkan dengan matlamat untuk menjadikan ia sebagai ladang hutan contoh yang menerapkan amalan terbaik perhutanan (Best Practices) kepada pengusaha-pengusaha ladang hutan di Malaysia khususnya Sarawak.

Selain daripada itu, projek ini turut menyediakan tapak penyelidikan bagi menyokong pembangunan dan pengurusan industri ladang hutan seterusnya adalah untuk menghasilkan klon-klon terbaik yang sesuai untuk ladang hutan.

Dalam membangunkan projek ini, kita berpandukan amalan Pengurusan Hutan Lestari (Sustainable Forest Management) yang bermatlamat untuk memberi hasil yang optimum dan berkekalan, faedah sosial, sosioekonomi dan kestabilan alam sekitar.

Dari segi amalan terbaik pengurusan ladang hutan, walaupun projek ini tidak dipersijilkan, kerana ianya bersaiz kecil dan berskala penyelidikan, kita berusaha mengamalkan aktiviti pembangunan dan pengurusan mengikut piawaian berdasarkan Malaysian Criteria & Indicator (MC&I) for Forest Plantation Management Certification.

Hasil daripada Pelaporan Pertengahan Tahun (HYR) berakhir Jun 2023, jumlah keluasan ladang hutan yang telah dibangunkan di Sarawak adalah seluas 578,774.16 hektar.

Jumlah keluasan ladang hutan yang dibangunkan mengikut spesies-spesies pokok yang ditanam

Perkara ini dinyatakan oleh Pengarah JHS, YBhg. Datu Haji Hamden Bin Haji Mohammad ketika ditemu bual RAKAN Sarawak.

Menurut beliau, bagi memastikan piawaian dalam pengurusan ladang hutan dipatuhi, pihaknya telah melaksanakan program pemantuan selaras dengan punca kuasa.

Pengarah JHS, YBhg. Datu Haji Hamden Bin Haji Mohammad ketika ditemu bual RAKAN Sarawak

Antara program yang dijalankan adalah seperti berikut:

  1. Pemantauan berterusan dari segi pematuhan undang-undang yang dijalankan oleh Pejabat Hutan Wilayah;
  2. Audit berjadual yang lebih memfokuskan kepada kemajuan penanaman yang dijalankan oleh ibu pejabat bersama pejabat hutan wilayah. Penggunaan teknologi amat membantu dalam pengauditan seperti:
    • Satellite Imagery (SI)- Pencerapan melalui satelit bagi mengenalpasti kawasan yang ditanam pada keseluruhan kawasan lesen;
    • Drone mapping – Penghasilan peta menggunakan kamera drone untuk Kawasan yang lebih kecil;
    • Penggunaan aplikasi di dalam tablet membantu dari segi GPS tracking dan penyimpanan semua maklumat (soft copy) untuk rujukan di lapangan.
  3. LPF engagement – Perjumpaan bersama pelesen diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun (dan bila perlu) untuk menilai perlaporan penanaman (HYR) serta mengenalpasti masalah serta tindakan yang boleh diambil.

Tambah beliau, JSH juga sentiasa komited dan menyokong sepenuhnya prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus atau Environmental, Social and Governance (ESG) dalam mengurus sumber hutannya.

Misalnya, dalam melaksanakan projek-projek di ladang hutan Sarawak, sebelum sesuatu lesen dikeluarkan, ianya perlu melalui proses tapisan yang ketat termasuk perlu mendapat kelulusan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA).

JHS sangat komited dalam memastikan amalan pengurusan hutan lestari (SFM) sentiasa diamalkan oleh pengusaha ladang hutan.

Pada masa sekarang, bagi kawasan ladang hutan yang layak, kerajaan menggalakkan kawasan ini dipersijilkan mengikut skim persijilan yang diiktiraf seperti Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS).

Bermula pada tahun 2025, Kerajaan akan mewajibkan semua kawasan yang layak dipersijilkan mendapat persijilan manakala bagi kawasan yang tidak layak, pengusaha ladang hutan digalak mengamal standard yang ditetapkan untuk persijilan.

Semua dasar dan usaha ini dijalankan bagi memastikan hutan diurus secara mampan bagi menangani tiga tonggak kelestarian yang meliputi dimensi sosial, ekonomi dan alam sekitar.

Menurut Malaysian Criteria and Indicators for Forest Plantation Management Certification MC&I Forest Plantation V.2, Unit Pengurusan Ladang Hutan (FPMU) didefinisikan sebagai satu kawasan ladang hutan yang diurus untuk mencapai sesuatu objektif mengikut pelan pengurusan ladang hutan jangka panjang.

Ia adalah proses audit pihak ketiga terhadap amalan pengurusan ladang hutan dalam FPMU untuk menilai pematuhan terhadap keperluan standard yang ditetapkan, yang membawa kepada penganugerahan Sijil Pengurusan Ladang Hutan di bawah MTCS.

Piawaian yang digunakan untuk pensijilan perladangan hutan ialah Malaysian Criteria and Indicators for Sustainable Forest Management (MC&I SFM) dimana semua permohonan pensijilan pengurusan hutan diterima dan diproses oleh badan pensijilan (CBs).

Sebagai skim yang disahkan oleh Programme for Endorsement of Forest Certification (PEFC), MTCS telah diterima di bawah dasar perolehan kayu negara Denmark, United Kingdom, Jerman, Finland, Belgium, Switzerland, Perancis dan New Zealand, serta Sistem Keurhout Belanda, sebagai memenuhi keperluan kayu balak yang mampan.

Dengan pelaksanaan MTCS, industri hutan kini semakin ramai menerimapakai pelaksanaan SFM yang memerlukan keperluan untuk menangani tiga tonggak kelestarian yang meliputi dimensi sosial, ekonomi dan budaya yang juga membentuk 17 teras SDG (Sustainable Development Goals) daripada United Nations.

Setakat ini sebanyak tujuh (7) FPMU telah menerima persijilan dengan kawasan keseluruhan seluas 97,966.35 hektar.

Tujuh (7) FPMU yang telah menerima persijilan

Berdasarkan  sumber daripada Perbadanan Kemajuan Perindustrian Kayu Sarawak (STIDC), prestasi industri perkayuan Sarawak bagi tempoh Januari-November 2023 menunjukkan penurunan nilai eksport sebanyak 21 peratus kepada RM2.9 bilion berbanding RM3.7 bilion pada tempoh yang sama pada tahun 2022.

Menurut sumber yang sama, Jepun masih merupakan pengimport utama berjumlah RM1.5 bilion atau 52 peratus daripada keseluruhan nilai eksport produk perkayuan Sarawak.

Pasaran utama lain adalah India sebanyak RM471 juta, negara-negara Timur Tengah sebanyak RM214 juta, Taiwan sebanyak RM148 juta dan China sebanyak RM136 juta.

Antara produk perkayuan eksport utama Sarawak adalah papan lapis yang berjumlah RM1.4 billion, balak (RM480 juta), papan gentian (RM367 juta), kayu gergaji (RM227 juta) dan kayu racik (RM164 juta).

Bagi spesis kayu untuk produk balak dan kayu gergaji, kebanyakan spesis adalah dibawah kategori Mixed Light Hardwood (MLH), Meranti, Kapur, Keruing dan lain-lain.

Projek Model Ladang Hutan dirancang berjalan selama lebih kurang 10 tahun atau satu pusingan tebangan bagi spesis yang ditanam.

Walaupun projek telah berakhir, namun ada spesis pokok yang ditanam seperti Eucalyptus pellita dan Karas masih belum mencapai umur matang.

Eucalyptus pellita berpotensi dijadikan sebagai kawasan Seed Production Area (SPA) bagi membekalkan sumber benih.

Dirian pokok yang dikekalkan terus menjadi tapak kajian seperti pembaik biak pokok (Tree improvement) dan penyakit (Pest and Disease) di samping memberi landskap yang menarik yang boleh menjadi tarikan untuk rekreasi di samping pembelajaran dan penyelidikan.

Dengan landskap hutan sedia ada yang menarik serta program restorasi yang berterusan dan sistematik serta kerjasama komuniti setempat, kawasan ini berpotensi dikembangkan skopnya dengan lebih luas.

Grafik cadangan projek penubuhan Pusat Interpretasi Sabal Forest Landscape Restoration Centre di Hutan Simpan Sabal

Ia merangkumi kawasan latihan, pembelajaran dan penyelidikan dalam bidang  pengurusan kebakaran hutan, restorasi landskap hutan (FLR), perhutanan sosial dan rekreasi hutan  serta pembangunan ladang hutan.

Perancangan ini memerlukan sokonan kewangan dari Kerajaan mahupun badan korporat bagi membina infrastruktur dan kemudahan-kemudahan yang berkaitan bagi mencapai matlamat menjadikan kawasan ini sebagai Pusat Kecemerlangan Ladang Hutan dan Restorasi Landskap Hutan.

Dalam pada itu, Forest Plantation Developent Sendirian Berhad (FPDSB) yang ditubuhkan di bawah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) menyediakan kemudahan pinjaman kepada syarikat yang layak bagi Program Pembangunan Ladang Hutan.

FPDSB juga bertanggungjawab melakukan kerja pengauditan ladang manakala MTIB bersama FPDSB dengan kerjasama agensi berkaitan menyediakan sokongan teknikal dan latihan.

Grafik cadangan projek penubuhan Pusat Interpretasi Sabal Forest Landscape Restoration Centre di Hutan Simpan Sabal
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article