- Advertisement -spot_img
Thursday, 29 February 2024 8:59pm

Mencapai Integrasi Pembangunan Bandar dengan Luar Bandar

Must read

Fokus pembangunan luar bandar adalah untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat serta meningkatkan potensi ekonominya berdasarkan pada kekuatan dan keistimewaan setempat.

Dalam Belanjawan Sarawak 2024, penekanan terhadap penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan asas diteruskan bagi meningkatkan ketersambungan dan capaian luar bandar yang akan memacu pertumbuhan dan pembangunan ekonomi di kawasan tersebut.

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg memaklumkan bahawa lebih banyak jalan raya, jambatan, pelabuhan, bekalan air dan elektrik termasuk perkhidmatan pengangkutan udara akan disediakan.

Penyediaan kesemua kemudahan tersebut diyakini akan mewujudkan kerancakan ekonomi luar bandar, meningkatkan kebolehdiaman serta mobiliti penduduk selain merancakkan perniagaan dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Baca lanjut : Mengimbangi Pembangunan Di Antara Kawasan Bandar Dengan Luar Bandar

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article