- Advertisement -spot_img
Thursday, 29 February 2024 7:32pm

Insentif untuk Kesejahteraan Anggota Perkhidmatan Awam Sarawak

Must read

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg mengumumkan perkara ini ketika membentang Belanjawan 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Sarawak November tahun lepas (2023).

Antaranya, jelas Premier Sarawak ialah  Insentif Perubatan di Klinik atau Hospital Swasta, penambahbaikan kepada Skim Kemudahan Pinjaman Kerajaan dan Kemudahan Perubatan Untuk Ibu Bapa khusus untuk ibu bapa anggota perkhidmatan awam Sarawak  yang telah bersara.

Tambahan kepada inisiatif tersebut, jelas Premier Sarawak, Kerajaan Sarawak telah melancarkan program kesedaran untuk mempersiap anggota perkhidmatan awam dengan maklumat, teknik bagaimana untuk mengekalkan kesejahteraan kewangan, fizikal dan mental mereka.

Kerajaan  Sarawak juga telah memulakan inisiatif menyediakan persekitaran kerja kondusif bagi mereka kerana  kemudahan ini  penting bagi memastikan jentera perkhidmatan awam dapat berfungsi dengan sebaiknya.

Atas dasar itu juga, jelas Premier Sarawak  sejumlah RM28 juta akan diperuntukkan untuk penyelenggaraan bangunan Kerajaan Negeri termasuk pejabat dan kuarters, serta peruntukan   tambahan RM360 juta untuk menaik taraf bangunan Kerajaan sedia ada dan pembinaan baharu.

Pada perkembangan berkaitan, Setiausaha Kerajaan Sarawak YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Bin Marzuki ketika ucapan aluan pada Majlis Amanat Perdana YAB Premier 2024 pada 12 Januari 2024 turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Sarawak di atas  inisiatif tersebut

Menurut Setiausaha Kerajaan Sarawak, sudah pasti inisiatif tersebut akan  meningkatkan kesejahteraan Penjawat Awam Sarawak terutama penambahbaikan kemudahan pinjaman Kerajaan untuk perumahan dan kemudahan penting termasuk kenderaan, komputer dan peralatan rumah untuk meringankan beban kewangan.

Begitu juga dengan peningkatan kelayakan perubatan untuk kakitangan dan ahli keluarga mereka dan Meluluskan pembinaan Bangunan dan Kuarters Pentadbiran Kerajaan yang baharu di seluruh Sarawak.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article