Dalam proses kesiapsiagaan dalam menghadapi kemungkinan berlaku banjir, pengaktifan ‘Flood Task Force’ Jabatan bermula pada musim tengkujuh setiap tahun (Oktober hingga Mac tahun berikutnya) yang bertindak memantau dan melaporkan data telemetri (curahan hujan dan aras air dan pengumpulan maklumat kejadian banjir di tapak serta penyediaan Laporan Banjir Semasa (LBS) dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Carta Pengurusan dan Operasi semasa Bencana Banjir adalah seperti berikut:

JPS yang juga merupakan ahli Jawatankuasa Bencana Negeri akan melaporkan persediaan dalam menghadapi bencana banjir seperti berikut:
- Projek-projek pembersihan Sungai yang telah dilaksanakan;
- Setiap pasukan yang telah dilantik dibahagi mengikut zon masing-masing bagi pemantauan kawasan banjir yang sistematik serta pelaporan segera;
- Mengenal pasti kawasan sering berlaku banjir (Hotspot Banjir) untuk lebih diberikan perhatian.
Langkah – Langkah Pencegahan Awal
Langkah pencegahan pendek adalah dengan menjalankan penyelenggaraan sistem saliran secara berkala; penyelesaian jangka sederhana adalah untuk mengenal pasti dan membina kolam takungan banjir dengan kerja-kerja naik taraf saliran dan penyelesaian jangka panjang adalah menaiktaraf sistem saliran utama.
JPS Sarawak telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sistem saliran utama secara tahunan di seluruh Sarawak bagi memastikan kapasiti sistem saliran tidak terjejas dan dapat berfungsi dengan efisien. Bagi tahun 2024,JPS Sarawak telah diperuntukkan RM14.21 juta bagi menyelenggara sistem saliran dengan jumlah panjang 1,094,754 meter.
Langkah-langkah yang diambil oleh Jabatan Pengairan dan Saliran bagi mengurangkan masalah banjir yang berlaku terbahagi kepada 2 iaitu:
Langkah-Langkah Struktur

Langkah-langkah struktur dalam sistem pengurusan banjir merujuk kepada pilihan penyelesaian terhadap masalah dan isu banjir dengan memasang struktur dan melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan fizikal yang berkait secara langsung dengan punca berlakunya banjir.
la merupakan strategi utama dalam pengurusan banjir untuk mengawal peningkatan jumlah air yang besar, yang mungkin berpunca daripada limpahan air Sungai dan Pembangunan pesat.
Bagi masalah banjir semasa, langkah-langkah struktur boleh memberikan kelegaan segera berbanding langkah bukan struktur yang hanya berkesan selepas satu tempoh masa yang lebih panjang. Untuk penyelesaian jangka panjang dalam perancangan isu banjir, pemilihan jenis langkah struktur boleh dibuat bersama dengan pendekatan bukan struktur yang sesuai.


Antara komponen bagi kaedah struktur tebatan banjir adalah seperti :
Baraj |
Empangan |
Lencongan Sungai |
Tidal/Flood Gate |
Spillway |
Terowong Banjir |
Ban banjir |
Mengorek dan membesarkan Sungai |
Kolam takungan |
Rumah pam |
Flood Wall |
Langkah Bukan Struktur
Langkah-langkah bukan struktur adalah perlu untuk melengkapi pelaksanaan dan pengoperasian langkah-langkah struktur bagi mitigasi banjir.
Langkah-langkah bukan struktur juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan penerimaan kepada masyarakat bahawa banjir boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan boleh berlaku berulang kali. Ini bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan masyarakat dan menyediakan sokongan sebanyak mungkin bagi keselamatan, kesejahteraan dan keselesaan awam sebelum, semasa dan selepas kejadian banjir.
Secara umum, langkah-langkah bukan struktur untuk mitigasi banjir melibatkan perancangan,pengaturcaraan,penetapandasar,penyelarasan,pemudahcaraaan,peningkatan kesedaran, bantuan serta pengukuhan masyarakat untuk menghadapi ancaman dan kesan banjir.

la juga merangkumi pendidikan, latihan, pengawalseliaan, pelaporan, ramalan, amaran dan penyampaian maklumat kepada mereka yang berisiko.
Contoh Langkah -langkah bukan struktur adalah seperti berikut:
Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir |
Pematuhan Undang-Undang,akta dan Garis panduan |
Kempen kesedaran dan program Pendidikan |
Ramalan dan Amaran Banjir |
Pengurusan Kawasan tadahan air |
Pengkalisan Banjir |
Penempatan Semula Penduduk |
Peta Hazad Banjir |
Bagaimana Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Berfungsi Mengurangkan Risiko Banjir
Rancangan Tebatan Banjir (RTB) adalah satu program atau projek yang dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan risiko dan kesan banjir di kawasan- kawasan yang sering terjejas. RTB melibatkan pelbagai langkah struktur dan bukan struktur yang bertujuan untuk mengawal aliran air, melindungi kawasan penempatan dan meningkatkan kesiapsiagaan komuniti.
Tujuan Utama RTB:
a) Mengurangkan impak banjir ke atas nyawa, harta benda dan ekonomi.
b) Melindungi kawasan sensitif seperti bandar, penempatan,kawasan pertanian,dan kawasan industri.
c) Menyokong pembangunan lestari dengan mengambil kira aspek pengurusan risiko banjir.
Fungsi Reka Bentuk dan Pelaksanaan Infrastruktur Struktur Rancangan Tebatan Banjir
Contoh struktur yang biasa dibina:
Struktur | Fungsi |
Empangan /Kolam Takungan | Menyimpan air berlebihan dan melepaskannya secara terkawal. |
Banjir Bypass /Terowong Air | Mengalihkan lebihan air dari kawasan bandar ke sungai atau kolam. |
Benteng /Ban | Menghalang air sungai melimpah ke kawasan penempatan. |
Saliran dan Longkang Besar | Menyalurkan air hujan keluar dengan lebih cepat. |
Rumah Pam | Mengepam keluar air hujan berlebihan |

Senarai Projek Rancangan Tebatan Banjir di Sarawak
Bil | Nama Projek | Daerah | Bahagian | Status Pelaksanaan | Sumber Peruntukan |
1 | Rancangan Terperinci Banjir Sibu (Fasa 1) Sarawak | Sibu | Sibu | Siap tahun 2012 | Persekutuan |
2 | Rancangan Tebatan Banjir Sungai Bedil Besar,Kuching,Sarawak(Fasa 2) | Kuching | Kuching | Siap tahun 2013 | Persekutuan |
3 | Rancangan Tebatan Banjir Kapit,Sarawak | Kapit | Kapit | Siap tahun 2013 | Persekutuan |
4 | Rancangan Tebatan Banjir Sungai Layar Betong,Sarawak (Fasa 1) | Betong | Betong | Siap tahun 2013 | Persekutuan |
5 | Rancangan Tebatan Banjir di Kampung Bintangor,Bahagian Kuching,Sarawak | Kuching | Kuching | Siap.Tahun 2013 | Persekutuan |
6 | Rancangan Tebatan Banjir Song,Kapit, Sarawak | Kapit | Kapit | Siap Tahun 2013 | Persekutuan |
7 | Rancangan Tebatan Banjir Sungai Mukah Mukah,Sarawak -Sg Penakub | Mukah | Mukah | Siap Tahun 2013 | Persekutuan |
8 | Rancangan Tebatan Banjir,Sematan Daerah Lundu Bahagian Kuching | Sematan | Kuching | Siap Tahun 2013 | Persekutuan |
9 | Rancangan Terperinci Banjir Sibu (Fasa 2), Sarawak | Sibu | Sibu | Siap Tahun 2015 | Persekutuan |
10 | Rancangan Tebatan Banjir Sungai Layar, Betong,Sarawak (Fasa 2) | Betong | Betong | Siap Tahun 2015 | Persekutuan |
11 | Rancangan Tebatan Banjir Bintulu Lembangan Sungai Kemena,Sarawak (Proposed Tidal Control Gate & Associated works at Jalan Tun Razak, Bintulu,Sarawak | Bintulu | Bintulu | Siap tahun 2018 | Persekutuan |
12 | Rancangan Tebatan Banjir Kampung Sebemban Batang Sadong,Sarawak | Serian | Serian | Siap tahun 2020 | Persekutuan |
13 | Rancangan Tebatan Banjir Kawasan Penempatan Semula Kampung Bako Kuching,Sarawak | Kuching | Kuching | Siap tahun 2020 | Persekutuan |
14 | Rancangan Terperinci Banjir Sibu (Fasa 3), Sarawak | Sibu | Sibu | Dalam Pelaksanaan | Persekutuan |
15 | RTB Kampung Beradek Semilang, Kuching Sarawak | Kuching | Kuching | Peringkat Reka Bentuk | Persekutuan |
16 | RTB Sungai Stakan, Kuching | Kuching | Kuching | Siap tahun 2024 | Persekutuan |
17 | RTB Sungai Miri Lembangan Sungai Miri Fasa 1, Sarawak | Miri | Miri | Dalam Pelaksanaan | Persekutuan |
18 | RTB Daerah Limbang di Lembangan Sungai Limbang, Bahagian Limbang | Limbang | Limbang | Dalam Peringkat Reka Bentuk | Persekutuan |
19 | Rancangan Tebatan Banjir Sibu (Fasa 4), Lembangan Batang Rajang,Sibu, Sarawak | Sibu | Sibu | Dalam Peringkat Reka Bentuk | Kerajaan Sarawak |
20 | Rancangan Tebatan Banjir Bintulu Fasa 2 | Bintulu | Bintulu | Dalam Peringkat Reka Bentuk | Kerajaan Sarawak |
21 | Rancangan Tebatan Banjir Sg.Semariang (Kpg.Semariang Batu,Kpg Semariang Pinggir,Kpg Semariang Jaya Fasa 2,Kpg Semariang Lama,Kuching, Sarawak | Kuching | Kuching | Dalam Peringkat Reka Bentuk | Kerajaan Sarawak |
22 | Rancangan Tebatan Banjir Miri Fasa 2 | Miri | Miri | Dalam Peringkat Reka Bentuk | Kerajaan Sarawak |
23 | Banjir Di Taman Desa Wira,Batu Kawah, Kuching (Fasa 1) | Kuching | Kuching | Dalam Pelaksanaan | Kerajaan Sarawak |
24 | Cadangan Tebatan Banjir Di Taman Desa Wira,Batu Kawah Kuching(Fasa 2) | Kuching | Kuching | Belum Mula | Kerajaan Sarawak |
25 | Rancangan Tebatan Banjir Sg.Maong Kiri, Kuching,Lembangan Sungai Sungai Sarawak,Sarawak | Kuching | Kuching | Dalam Peringkat Reka Bentuk | Kerajaan Sarawak |
26 | Rancangan Tebatan Banjir Bandar Serian Dan Hospital Serian, Lembangan Batang Sadong,Sarawak | Serian | Serian | Dalam Peringkat Reka Bentuk | Kerajaan Sarawak |
27 | Rancangan Tebatan Banjir (RTB )Di Pekan Lundu,Daerah | Lundu | Kuching | Belum Mula | Kerajaan Sarawak |
28 | Rancangan Tebatan Banjir Di Sungai Lutong B,Bahagian Miri | Miri | Miri | Dalam Peringkat Rekabentuk | Kerajaan Sarawak |
29 | Cadangan Tebatan Banjir Di Kawasan Skim Penempatan Semula Stampin (Stampin Resettlement Scheme) Jalan Stampin Baru,Kuching,Sarawak | Kuching | Kuching | Dalam Peringkat Rekabentuk | Kerajaan Sarawak |
30 | Pembinaan Riverwall Sepanjang 680m Dari Kpg Bedil Ke Kpg Lintang,Bahagian Kuching,Sarawak | Kuching | Kuching | Siap Tahun 2023 | Kerajaan Sarawak |
31 | Projek Tebatan Banjir di Bandar Betong Payak Udak, Lempaong,Kampung Melayu Hilir Betong dan Kampung Baru Hulu Betong | Betong | Betong | Siap Tahun 2024 | Kerajaan Sarawak |
32 | Proposed Flood Mitigation Waterfront Upgrading at Debak, Betong Division | Debak | Debak | Dalam Pelaksanaan | Kerajaan Sarawak |
33 | Rancangan Tebatan Banjir Sungai Simunjan,Daerah Simunjan Fasa 1 Bahagian Samarahan | Simunjan | Samarahan | Dalam Pelaksanaan | Kerajaan Sarawak |
34 | Cadangan Tebatan Banjir Di Taman Samarindah, Bahagian Samarahan, Sarawak | Samarahan | Samarahan | Dalam Peringkat Reka Bentuk | Kerajaan Sarawak |
35 | Cadangan Projek Tebatan Banjir di Taman Good Park, Jalan Tanjung Batu, Bintulu | Bintulu | Bintulu | Dalam Pelaksanaan | Kerajaan Sarawak |
36 | Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir Lembangan Batang Lupar,Sarawak | Sri Aman | Sri Aman | Dalam Pelaksanaan | Persekutuan |
37 | Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir Lembangan Batang Saribas,Sarawak | Betong | Betong | Dalam Pelaksanaan | Persekutuan |
38 | Rancangan Tebatan Banjir Sungai Simunjan (Fasa 2), Daerah Simunjan Bahagian Samarahan | Simunjan | Samarahan | Belum Mula | Kerajaan Sarawak |
39 | Proposed Flood Mitigation Works at Lundu Town,Kuching Division,Sarawak | Lundu | Kuching | Siap tahun 2013 | Kerajaan Sarawak |
40 | Rancangan Tebatan Banjir Sungai Lajim, Jalan Datuk Ajibah Abol,Kuching, Sarawak | Kuching | Kuching | Siap tahun 2011 | Persekutuan |
41 | Rancangan Tebatan Banjir Kampung Bandarasah,Jalan Datuk Ajibah Abol Kuching,Sarawak | Kuching | Kuching | Siap tahun 2011 | Persekutuan |
42 | Rancangan Tebatan Banjir Bandar Kuching (Fasa 1) | Kuching | Kuching | Siap tahun 2011 | Persekutuan |
43 | Rancangan Tebatan Banjir Bandar Kuching(Fasa 2) | Kuching | Kuching | Pra Pelaksanaan | Persekutuan |
44 | Proposed Flood Mitigation For Main Settlements Along Maludam-Tris Coastal Road,Pusa District,Betong Division | Betong | Betong | Dalam Peringkat Reka bentuk | BDDA |
45 | Flood Mitigation at Kampung Wawasan, Kampung Alit dan Kampung Baru, Kabong,Betong Division | Betong | Betong | Belum Mula | BDDA |
46 | Cadangan Kerja-kerja Hidrografi Batang Rajang &Batang Igan dari Muara Sungai Sehingga Ke Bandar Kapit dan Pelagus (370km) | Sibu | Sibu | Siap tahun 2023 | Kerajaan Sarawak |
47 | Cadangan Kerja-kerja Hidrografi Batang Rajang &Batang Igan dari Muara Sungai Sehingga Ke Bandar Kapit dan Pelagus (370km)- Sambungan | Sibu | Sibu | Siap tahun 2025 | Kerajaan Sarawak |
48 | Rancangan Tebatan Banjir Sungai Sepegang | Bintulu | Bintulu | Siap tahun 2024 | BDA |
Faktor Semulajadi dan Faktor Pembangunan Menyebabkan Banjir
Faktor-faktor semulajadi yang menyebabkan banjir adalah hujan yang lebat bertembung dengan kejadian air pasang yang tinggi dan keadaan topografi tanah yang berada di aras yang rendah serta perubahan iklim.
Manakala faktor aktiviti manusia seperti perubahan guna tanah dalam pembangunan,infrastruktur saliran yang tidak mencukupi, halangan pada sungai dan sistem saliran, pembuangan sampah sarap ke dalam sistem saliran/sungai, pembangunan di kawasan dataran banjir dan penyelenggaran sistem saliran yang tidak sempurna juga boleh menyebabkan berlakunya kejadian banjir.
Faktor Semula Jadi | Faktor Pembangunan |
Hujan sangat lebatKejadian air pasang/pasang besar yang menyebabkan air Sungai melimpah ke Kawasan rendah.Hujan berterusan disusuli dengan fenomena air pasang/pasang besar.Hujan lebat/hujan berterusan di kawasan hulu. | Saiz sistem perparitan sedia ada tidak dapat menampung kapasiti air larian hujan.Tiada sistem perparitan/sistem perparitan sedia ada yang tidak sistematik mendorong kepada air melimpah and bertakung.Struktur ban pecah yang menyebabkan air melimpah ke kawasan terjejas banjir |
Bagaimana Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) membantu mengurangkan kesan teruk akibat banjir
Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam(PISMA) merupakan satu kerangka tindakan yang menggunakan konsep “kawalan air di punca” seperti dalam Garis Panduan Sarawak Urban Stormwater Management (SUStoM) ataupun Manual Saliran Mesra Alam(MSMA)bagi pengurusan air larian hujan.
Kajian PISMA ini telah mengenal pasti punca-punca kejadian banjir kilat yang berlaku dan sebagai rujukan dalam merancang infrastruktur saliran serta mengenal pasti langkah-langkah penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang secara komprehensif bagi menangani kejadian banjir kilat. PISMA dapat dijadikan dokumen panduan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak dan State Planning Authority (SPA) dalam merancang pembangunan yang lebih sistematik.
Setakat ini, kajian PISMA telah diguna pakai dan dipraktikkan di seluruh Sarawak semasa proses penyemakan dan kelulusan pelan SUStoM dan pelan kejuruteraan.
Pencapaian keberkesanan pemakaian kajian PISMA dapat dilihat apabila tempat-tempat pembangunan baharu yang menggunakan pendekatan pengurusan air ribut yang dikenali sebagai pendekatan kawalan-di-sumber controlled at source dengan konsep SUStoM ataupun MSMA berjaya mengawal gangguan pembanjiran dan meminimumkan kesan alam sekitar daripada larian air bandar terhadap kualiti air serta mempertingkatkan landskap bandar.
la juga dilihat sebagai satu pencapaian apabila ia serasi dengan kemudahan SUStoM yang menyediakan perlindungan yang memadai kepada alam sekitar, masyarakat dan aset selaras dengan prinsip-prinsip pembangunan yang mampan dari segi ekologi.
Mengurus Banjir Secara Sistematik dan Berkesan Menggunakan Teknologi Inovasi, Data dan Ai Pada Masa akan Datang
Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRAB) yang akan dibangunkan di Sarawak adalah inisiatif kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan kesiapsiagaan dan keupayaan tindak balas terhadap banjir di seluruh negeri.
la dirancang untuk memberikan perkhidmatan ramalan dan amaran banjir kepada agensi-agensi yang berkaitan, serta menyediakan perkhidmatan pemantauan hidrologi masa nyata kepada orang awam.
Pemanfaatan teknologi inovasi – penggunaan peralatan ‘sensor’ terkini bagi pengumpulan dan penghantaran data secara ‘realtime’ di laman sesawang ‘Public Info Banjir’ dan menggunakan ‘software’/sistem informasi Geografi (GlS) untuk analisis risiko banjir dan pemetaan kawasan berisiko.
Pemanfaatan data hidrologi -Integrasi data dari pelbagai sumber iaitu data banjir,’historical data’, data satelit (meteorologi) dan data geografi untuk ‘modeling’ ramalan banjir.
Pengurusan banjir yang sistematik dan berkesan pada masa akan datang dapat dilaksanakan dengan memanfaatkan teknologi inovasi, data dan kecerdasan buatan (Al) dalam pelbagai aspek seperti pemantauan, ramalan, pengurusan sumber, penyampaian maklumat dan keputusan berasaskan data sebagai contoh:
a) Penggunaan Sistem Ramalan dan Amaran Awal Berasaskan Al

Teknologi Al boleh menganalisis data cuaca masa nyata, data hidrologi ,dan data sejarah banjir untuk meramalkan kemungkinan berlakunya banjir dengan lebih tepat. Sistem amaran awal ini boleh dihantar secara automatik kepada pihak berkuasa dan masyarakat melalui pelbagai saluran seperti SMS, aplikasi mudah alih dan media sosial.
Fakta: Kajian oleh United Nations ESCAP (2021)menunjukkan bahawa sistem amaran awal yang berasaskan Al dapat mengurangkan sehingga 30%kematian dan kerosakan harta benda dalam bencana banjir.
Sumber: UN ESCAP,2021-Artificial Intelligence for Disaster Risk Reduction
b) Pengurusan Tadahan dan Aliran Air Secara Pintar
Sensor loT (Internet of Things) dan Al boleh digunakan untuk memantau paras air sungai, empangan dan sistem perparitan secara masa nyata. Data ini membolehkan tindakan awal seperti membuka pintu empangan atau mengaktifkan pam air secara automatik apabila paras air mencapai tahap bahaya.
Fakta: Di Belanda, sistem pengurusan air “Room for the River” menggunakan data dan automasi untuk mengurus air banjir dengan efisien, menunjukkan pengurangan risiko banjir sehingga 50%di kawasan berisiko tinggi.
Sumber: Deltares (Netherlands)-Room for the River Project
c) Perancangan Bandar Berasaskan Data Geospatial dan Al
Al dan data GlS (Geographic Information System) boleh digunakan untuk merancang pembangunan bandar yang mesra banjir, seperti mengenal pasti zon berisiko tinggi dan mengelakkan pembangunan di kawasan tersebut. Pendekatan ini menyokong dasar pembangunan lestari.
Fakta: Bank Dunia melaporkan bahawa perancangan guna tanah berasaskan data dapat mengurangkan impak banjir bandar sehingga 70%,terutamanya di kawasan pesat membangun.
Sumber: World Bank-Urban Flood Risk Management
d) Pendidikan dan Kesedaran Awam Digital
Aplikasi mudah alih, simulasi Al dan platform digital boleh digunakan untuk mendidik masyarakat mengenai kesiapsiagaan banjir, langkah kecemasan dan pelan pemindahan. Teknologi ini meningkatkan keberkesanan komunikasi risiko.
Fakta: Menurut UNDRR, komuniti yang mempunyai akses kepada latihan digital dan aplikasi kecemasan menunjukkan reaksi 2x lebih pantas semasa banjir berlaku.
Sumber: UNDRR-Disaster Risk Reduction and Digital Tools
Semua maklumat dalam artikel ini adalah daripada Sumber : Jabatan Pengairan dan Saliran, Sarawak