Hari Wanita Sarawak (HW25) pada tahun ini diadakan pada 2 Ogos 2025 di Bahagian Kuching iaitu di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Tema Diversity, Equality, Inclusivity (DEI) telah dipilih pada tahun ini bagi meraikan kesaksamaan pelbagai identiti tanpa mengira perbezaan dari segi latar belakang dan keupayaan fizikal.
Sambutan ini akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak.
Seramai 800 orang yang akan hadir secara fizikal selain jemputan melalui pautan aplikasi Zoom mewakili wanita dari 45 pejabat daerah seluruh Sarawak, penjawat awam Sarawak dan ahli-ahli pertubuhan wanita Sarawak.
Pada majlis ini YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari akan menyempurnakan penyampaian penganugerahan :
a. Anugerah Premier Sarawak Kepimpinan Wanita
b. Anugerah Premier Sarawak Keusahawanan Wanita
c. Anugerah Premier Sarawak Penggiat Sosial Wanita
d. Anugerah Premier Sarawak Pencapaian Khas
e. Anugerah Premier Sarawak NGO Cemerlang
f. Anugerah Premier Pemimpin Muda Wanita
Pameran dan jualan oleh Jabatan dan Agensi, usahawan-usahawan wanita dan NGO di Bahagian Kuching juga diadakan sempena dengan majlis sambutan ini.
Sambutan Hari Wanita 2025 (HW25) ini adalah untuk meraikan dan menghargai sumbangan Wanita Sarawak ke arah pembangunan keluarga, negeri dan negara yang harmoni dan sejahtera; dan mengiktiraf pencapaian dan pelbagai kejayaan Wanita Sarawak yang telah mengharumkan nama Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.
Sambutan Hari Wanita Sarawak bukan sekadar acara tahunan, tetapi satu platform penting untuk mengiktiraf, mengangkat dan memperkasa wanita di negeri ini. Dengan sokongan kerajaan negeri yang kukuh, wanita Sarawak.