- Advertisement -
5,018
published news
and counting

Sukan Komuniti Dekati Belia

Must read

Kelab Belia Kampung Bawang (KBKB) berupaya mengatasi isu remaja di Kampung Bawang melalui sukan komuniti yang memupuk jati diri, semangat kesukarelawanan dan kepimpinan belia meskipun berdepan kekangan dana, kemudahan dan penglibatan.

Usaha menganjurkan program sukan komuniti di Kampung Bawang bukanlah tanpa cabaran, kerana menurut Pengerusi KBKB, Encik Mackeyson Wayes, kekurangan dana, sumber logistik serta kemudahan seperti gelanggang futsal yang tidak lengkap dan peralatan sukan yang terhad merupakan antara halangan utama yang sering dihadapi.

Belia Kampung Bawang turun padang dengan semangat gotong royong demi Sukan Komuniti

Setiausaha KBKB, Cik Juliana Tree pula menekankan bahawa idea penganjuran program sukan ini sebenarnya lahir daripada hasrat untuk menggalakkan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan sesama penduduk kampung.

Kampung Bawang membuktikan bahawa penyelesaian kepada isu sosial remaja boleh dicetuskan dari peringkat komuniti, tanpa menunggu campur tangan luar.

- Advertisement -

Melalui sukan komuniti, bukan sahaja semangat kesukanan dibina, malah keyakinan, kepimpinan dan kesedaran sosial dalam kalangan belia juga berkembang pesat.

Model Kampung Bawang ini wajar dicontohi oleh komuniti luar bandar lain di seluruh Sarawak sebagai bukti bahawa gelanggang kecil di hujung kampung mampu melahirkan perubahan besar untuk generasi masa depan.

Baca lanjut :

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article