Songket Sarawak dihasilkan daripada benang kapas, emas atau perak manakala keringkam pula lazimnya diperbuat daripada kain kasa rubia yang dihiasi dengan sulaman benang kasar emas atau perak.
Keringkam terbahagi kepada dua jenis, iaitu Selayah Keringkam (tudung) dan Selendang Keringkam. Tudung keringkam juga pernah dipakai secara meluas oleh wanita bangsawan tempatan sekitar era 1920-an hingga 1940-an.
Datu Isa, Dayang Suhada termasuklah Margaret Brooke ialah antara figura yang sering mengenakan keringkam pada zaman pemerintahan Rajah Brooke.
Tudung keringkam yang dipakai oleh Margaret Brooke didapati dibuat oleh tukang sulam dari Kampung Sungai Bedil Besar di Kuching.
Kedua-dua tekstil tradisional ini digayakan oleh masyarakat Melayu Sarawak untuk majlis bertekul, pertunangan, perkahwinan dan majlis keramaian yang lain.
Songket Sarawak dipercayai menjadi pakaian rasmi bangsawan Melayu abad ke-16 dan secara tradisinya, wanita Melayu Sarawak biasanya menggandingkan songket dengan tudung keringkam.
Baca lanjut :