- Advertisement -
4,998
published news
and counting
- Advertisement -spot_img

TAG

Banjir

Siap Siaga Hadapi Bencana Banjir, Bila ‘Flood Task Force’ JPS Diaktifkan

Ketika Sarawak terus bergelut dengan ancaman banjir saban tahun, tidak ramai yang menyedari di sebalik kesiapsiagaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)—daripada pengaktifan 'Flood Task Force' sehingga penerapan kecerdasan buatan dalam ramalan bencana. Di tengah perubahan iklim dan tekanan pembangunan pesat, pendekatan struktur dan bukan struktur dilaksanakan secara menyeluruh dan berterusan, termasuk peranan komuniti, undang-undang, dan perancangan bandar masa depan termasuklah pelaksanaan projek tebatan banjir yang meluas di seluruh Sarawak serta pelaksanaan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA)

Siapsiaga Hadapi Kecemasan dan Bencana

Malaysia merekodkan kerugian sebanyak RM933.4 juta akibat banjir tahun 2024, bersamaan 0.05 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menurut Laporan Khas Impak Banjir di Malaysia yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Sarawak pernah mencatatkan sejarah banjir paling teruk iaitu pada tahun 2009 yang mana telah mencatatkan kerugian berjumlah lebih kurang RM300 juta dan yang terkini 2024 banjir besar di Sarawak yang menyebabkan kerugian RM27 juta dengan menjejaskan sejumlah 618,108 buah rumah kediaman terutama di Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu. Strategi konvensional dalam kesiapsiagaan bencana sudah tidak memadai dalam menghadapi realiti iklim yang semakin ekstrem. Dengan meneliti data impak bencana terkini serta cabaran geografi Sarawak, ia memerlukan pendekatan baharu yang lebih agresif—merangkumi teknologi ramalan berasaskan AI, aplikasi amaran awal, serta peranan penting komuniti tempatan dalam pelan kecemasan setempat dengan mengambil contoh luar negara seperti negara Jepun.

Sedia Berkhidmat: Latihan Kecemasan

Latihan kecemasan ialah satu program atau simulasi yang dirancang untuk melatih individu, organisasi, atau masyarakat dalam menghadapi situasi kecemasan seperti bencana alam, kebakaran, serangan jantung, kemalangan industri, atau ancaman keselamatan.

631 PPS Siapsiaga Hadapi Banjir

Pelbagai agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri (UKPN), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pejabat Residen dan Daerah serta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak bekerjasama dalam memastikan kelancaran persiapan menghadapi bencana tersebut.

Latest news

- Advertisement -spot_img
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]