Transformasi ekonomi Sarawak menuju status negeri maju berpendapatan tinggi memerlukan lebih daripada sekadar pelaburan fizikal. Ia memerlukan modal insan yang bukan sahaja mahir, tetapi relevan dengan keperluan industri masa hadapan.
Revolusi Industri Keempat, automasi, AI dan peralihan kepada ekonomi hijau telah mengubah lanskap pekerjaan global secara mendadak. Menurut World Economic Forum, 44% kemahiran tenaga kerja global akan berubah menjelang 2030!
Di sinilah TVET memainkan peranan kritikal. Bukan sekadar laluan alternatif, tetapi penyelesaian sistemik yang terbukti berkesan.
Sarawak terus mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan apabila hasil pendapatan negeri untuk tahun 2025 mencecah RM13.5 bilion selepas penutupan akaun kewangan berakhir pada Disember lepas.
Dokumen Belanjawan Sarawak 2026 yang dibentangkan ketika Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat DUN Sarawak Ke-19 melaporkan pendapatan hasil negeri setakat Oktober 2025 mencecah RM10.3 bilion atau 73 peratus daripada sasaran unjuran semula RM12.1 bilion.