- Advertisement -
5,263
published news
and counting
- Advertisement -spot_img

TAG

Komuniti

Komuniti Niaga, Komuniti Berdaya, Sarawak Maju

Sejak berabad lamanya, masyarakat di Sarawak, khususnya yang mendiami lembah sungai dan kawasan pedalaman, telah mengamalkan nilai gotong-royong dan bantu-membantu sebagai nadi kehidupan. Nilai ini bukan sekadar warisan budaya, tetapi merupakan mekanisme kelangsungan hidup yang membolehkan komuniti menghadapi pelbagai cabaran, daripada kekurangan infrastruktur sehinggalah kepada ketidaktentuan harga hasil bumi. Dalam bahasa Iban, konsep ini dikenali sebagai penyurop; dalam komuniti Melayu, ia disebut gotong-royong; manakala dalam masyarakat Orang Ulu, semangat kolektivisme ini terpancar dalam setiap aspek kehidupan seharian. Nilai-nilai murni inilah yang menjadi landasan ideal kepada model perkongsian koperasi, satu pendekatan ekonomi kolektif yang dijanjikan mampu

Mengiktiraf Wanita Sebagai Tonggak Kepimpinan Masyarakat

Wanita memainkan peranan strategik dalam kepimpinan sosial, dengan lebih daripada 48% program komuniti luar bandar Malaysia diterajui oleh mereka. Di Sarawak, inisiatif seperti Program Wanita Dinamik dan PERANTIS memperkasa ribuan pemimpin wanita. Sokongan polisi di peringkat negeri, nasional dan global terus mengukuhkan sumbangan wanita dalam membentuk masyarakat berdaya saing, produktif dan berdaya tahan.

Amalan Pertanian Mampan Membentuk Identiti Sarawak di Pasaran Global Halal

Dalam dunia yang semakin sedar akan had sumber alam, identiti sebagai pengeluar makanan halal yang mampan bukan sahaja relevan, malah semakin diperlukan. Jika dimanfaatkan dengan bijaksana, amalan pertanian hijau boleh menjadi asas kepada penjenamaan global Sarawak iaitu satu identiti halal yang bukan sekadar patuh, tetapi juga bertanggungjawab terhadap alam dan masa depan bersama.

Sisa Kurang Tambah Nilai

Sarawak,ke arah pembangunan lestari dengan mengadaptasi model ekonomi kitaran satu pendekatan yang menekankan pengurangan sisa, penggunaan semula bahan, dan pemulihan nilai daripada produk yang sedia ada.

Mekanisme Ikhtiar Hadapi Tekanan Kos Sara Hidup

Penyelesaian yang diperkenalkan juga telah diuji dan terbukti berkesan melalui model pembangunan kampung yang bukan sahaja menjana pendapatan tetapi turut melibatkan komuniti, memberdayakan belia, dan menggunakan teknologi solar secara inovatif.

Infrastruktur Sarawak Pemacu Ekonomi dan Kesejahteraan Komuniti

Pembangunan jalan banang kedua dan rangkaian jambatan di Sarawak bukan sekadar projek fizikal, tetapi manifestasi komitmen kerajaan terhadap kemajuan inklusif dan lestari. Infrastruktur ini menjadi pemacu utama ekonomi desa, memperkukuh sektor pertanian, melahirkan usahawan baharu, serta membuka akses lebih luas kepada pendidikan, kesihatan dan peluang sosial. Ia bukan sahaja meningkatkan keterhubungan dan mobiliti rakyat, tetapi juga mengurangkan keterasingan luar bandar, merapatkan silaturahim komuniti dan menyemarakkan keyakinan bahawa masyarakat luar bandar turut menjadi nadi kepada kemajuan negeri yang berdaya saing dan mampan.

Ekopelancongan Mendidik dan Memakmurkan Komuniti

Aktiviti berasaskan akuakultur, pertanian dan agropelancongan semakin terbukti sebagai pemacu transformasi ekonomi luar bandar, seperti yang sedang berlaku di Bahagian Serian.

Halangan Kecemasan Semasa Bencana : Cabaran dan Penyelesaian

Dalam pengurusan kecemasan semasa bencana pastinya akan dihadapi situasi kesukaran akses ke kawasan terjejas, kekurangan pasukan penyelamat di pedalaman, tahap kesedaran masyarakat yang rendah, serta impak psikologi terhadap mangsa dan petugas.

Memperkasa Komuniti Melalui Berkoperasi

Program Bicara Ilmu ‘Memperkasa Komuniti Melalui Berkoperasi’ anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak merupakan salah satu wadah untuk menjelaskan bagaimana berkoperasi mampu meningkatkan sosio ekonomi masyarakat.

Kerjasama Komuniti Dalam Menjaga Keselamatan

Komuniti memainkan peranan penting dalam menjaga dan memastikan keselamatan bersama terjamin. Kesedaran yang timbul dalam kalangan komuniti untuk bekerjasama dalam hal berkaitan keselamatan boleh membantu meningkatkan tahap keselamatan dan mencegah perkara yang lebih buruk berlaku semasa kecemasan sama ada disebabkan oleh ancaman jenayah ataupun bencana alam.

Latest news

- Advertisement -spot_img
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]