Masalah kutipan cukai taksiran untuk pihak berkuasa tempatan di Malaysia mencecah jumlah yang agak besar. Berdasarkan kajian awal tahun 2000, jumlah mencecah 60 bilion dan di Sarawak sahaja jumlah mencecah 100 juta.
Keadaan ini sudah pastinya menganggu kelancaran projek pembangunan di sesebuah kawasan pentadbiran perbandaran, sebab wang daripada cukai taksiran inilah yang akan digunakan untuk perkhidmatan kutipan sampah, penyelenggaraan lampu dan jalan dan sebagainya.
Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali...