Masyarakat Melayu Sarawak memiliki seni jahitan yang unik yang dikenali sebagai simo. Seni Jahitan Simo yang merupakan identiti pada busana melayu Sarawak yang menjadi kebanggaan masyarakat tempatan mengenakannya ketika acara keraian, perayaan hari raya, majlis perkahwinan dan pertunangan.
Sebagai usaha untuk membolehkan produk warisan Bumi Kenyalang yang memiliki nilai tinggi ini dipasarkan ke Semenanjung Malaysia, Sabah bahkan sehingga ke luar negara, CCS telah membangunkan platform digital atau e-dagang iaitu laman sesawang Saratage.com.