Transformasi ekonomi Sarawak menuju status negeri maju berpendapatan tinggi memerlukan lebih daripada sekadar pelaburan fizikal. Ia memerlukan modal insan yang bukan sahaja mahir, tetapi relevan dengan keperluan industri masa hadapan.
Revolusi Industri Keempat, automasi, AI dan peralihan kepada ekonomi hijau telah mengubah lanskap pekerjaan global secara mendadak. Menurut World Economic Forum, 44% kemahiran tenaga kerja global akan berubah menjelang 2030!
Di sinilah TVET memainkan peranan kritikal. Bukan sekadar laluan alternatif, tetapi penyelesaian sistemik yang terbukti berkesan.
Bajet Sarawak 2026 menjadikan pendidikan sebagai teras strategik pembangunan modal insan melalui penyediaan bantuan dan kemudahan pendidikan sekali gus meningkatkan kualiti dan melahirkan rakyat yang berpendidikan tinggi dan berkualiti setaraf global.