Sarawak memiliki sumber daya untuk mengatasi pembangunan tidak seimbang. Tumpuan pada kualiti kesihatan dan pendidikan, serta tadbir urus dan kerjasama persekutuan-negeri yang kukuh, dapat memastikan kemakmuran dinikmati semua rakyat, termasuk di kawasan terpencil.
Kerajaan Sarawak yakin Memorandum Persefahaman (MoU) penukaran status Pelabuhan Bintulu daripada pelabuhan Persekutuan kepada pelabuhan Negeri akan dapat mengukuhkan komitmen dan mewujudkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak dalam usaha penukaran status Pelabuhan Bintulu daripada pelabuhan persekutuan kepada pelabuhan negeri.
Pejabat Setiausaha Persekutuan sentiasa menyokong inisiatif atau program yang dapat memberi manfaat kepada semua seperti yang diperkatakan, sekiranya terdapat isu yang tidak dapat diselesaikan di peringkat agensi atau jabatan masing-masing.