Sarawak memperkukuh keselamatan sempadan darat, laut dan udara melalui teknologi kecerdasan buatan (AI), sistem data pintar, radar dan dron bagi mengekang penyeludupan dadah, migrasi haram, dan ancaman keselamatan rentas sempadan.
Ketua Menteri tidak menafikan bahawa laluan-laluan tikus di kawasan sempadan Lubok Antu begitu mudah dibolosi terutamanya di kawasan ladang-ladang sawit, dan oleh kerana perkara ini akan diberi perhatian yang sewajarnya.