Pelbagai bentuk bantuan pendidikan di Sarawak, Persekutuan dan negara luar membantu meningkatkan tahap pendidikan dan kemahiran tenaga kerja serta menyumbang kepada pembangunan modal insan berdaya saing dan berpengetahuan.
Cadangan Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk menjadikan Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) sebagai pensijilan tunggal Pendidikan dan Latihan Vokasional (TVET) akan menjadi wadah baharu dalam memperkasakan pendidikan TVET di negara ini.