Pelbagai inisiatif kemudahan dan bantuan pendidikan telah dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak bagi memastikan pendidikan berkualiti dapat dicapai secara inklusif.
Bermula dari pembangunan kemudahan fizikal hingga ke pembangunan modal insan, semuanya dilaksanakan bagi meningkatkan akses pendidikan berkualiti yang selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 4, iaitu Pendidikan Berkualiti.
Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Sibu telah menempa nama sebagai Universiti yang pertama di Malaysia mendapat penarafan Platinum Indeks Bangunan Hijau (GBI) pada Oktober 2021 dengan 5 Bintang GBI EE penilaian.
Penarafan Indeks Bangunan Hijau (GBI) adalah alat penarafan hijau yang diiktiraf industri Malaysia dan bagi organisasi yang telah memperolehinya bermaksud bangunan tersebut telah “lulus” sifat kelestariannya dengan beberapa ciri seperti mengurangkan penggunaan tenaga, meningkatkan keselesaan penghuni, mengurangkan kesan penggunaan bahan, dan kurang penggunaan air yang terawat.