26.8 C
Kuching
Thursday, January 21, 2021

Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia

Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Muda Perindustrian (Pelaburan dan Promosi), YB Datuk Haji Julaihi bin Haji Narawi menerima cenderamata daripada Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar, YBhg Datu Haji Chaiti bin Haji Bolhassan pada majlis Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) Peringkat Negeri Sarawak yang telah berlangsung di Dewan Undangan Negeri (Lama) Petra Jaya, 1 November 2014.

Turut kelihatan, Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Sarawak, Encik Abang Rabaee bin Abang Muhi (kiri sekali) dan Pemangku Residen Bahagian Kuching, Tuan Zamahari bin Haji Saidi (empat dari kiri).

Pertandingan ADS1M bermatlamat untuk mentransformasikan luar bandar dan untuk melahirkan masyarakat yang berdaya saing, berilmu dan berdisiplin kerja dengan menerapkan semangat 1Malaysia dan patriotisma yang merentasi pelbagai kaum, agama dan budaya.

Pada pertandingan tersebut, Johan bagi Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia telah dimenangi oleh Kampung Sebandi Ulu, Kota Samarahan, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang oleh Kampung Selanyau, Sibuti dan  Kampung Sekerang, Igan.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

909FansLike
1,667FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles