25 C
Kuching
Thursday, January 21, 2021

Sarawak Perlu Lebih Banyak Peruntukkan Transformasi Sosioekonomi

Sarawak memerlukan lebih banyak peruntukkan kewangan daripada kerajaan persekutuan terutamanya dalam penyediaan infrastruktur luar bandar termasuk Pelan Transformasi Luar Bandar dan menjayakan Program Transformasi Sosioekonomi dalam Rancangan Malaysia (RMK-11).

Ini penting terutama dalam menepati sasaran sebelum  mencapai status negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Demikian menurut Pengarah Unit Perancang Negeri, YBhg Datu Haji Ismawi Ismuni ketika menyampaikan Taklimat Pembangunan Untuk Media pada 28 Oktober 2014.

Beliau menjelaskan di bawah Rancangan Malaysia (RMK) ke 10, Sarawak telah menerima RM15 bilion manakala dalam RMK-9 dengan RM17 bilion.

Jelas beliau, Sarawak kini masih lagi kekurangan utiliti awam asas seperti jalan raya, bekalan air terawat dan elektrik.

Menjelang tahun 2020, Sarawak mensasarkan untuk membina 4,128 kilometer jalan raya di luar bandar manakala 2,286 kilometer jalan raya di bandar bagi meningkatkan akses perhubungan jaringan jalan di negeri tersebut.

Setakat ini, kerajaan telah membina 13,159 kilometer jalan raya di luar bandar manakala 4,436 kilometer jalan raya di bandar.

Dari segi bekalan elektrik, Sarawak mencapai 88 peratus liputan bekalan elektrik dengan jumlah isi rumah 468,331 orang dan bekalan air bersih meliputi 77 peratus dengan jumlah isi rumah seramai 442,000 orang.

Mengenai prestasi ekonomi, Sarawak telah menyumbang lebih 10 peratus kepada kadar pertumbuhan ekonomi negara pada tahun 2013 dan antara negeri yang ketiga terbanyak menyumbang dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu RM74.9 bilion selepas Selangor dan Kuala Lumpur.

Beliau turut menyentuh tentang pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang telah menarik pelaburan bernilai RM32.90 bilion dengan 19 buah projek iaitu 15 projek di Samalaju (RM27.64 bilion), 2 projek di Tanjung Manis (RM2.11 bilion) dan masing-masing satu projek di Mukah (RM600 juta) dan Kidurong (RM2.55 bilion).

Taklimat Pembangunan Untuk Media dianjurkan oleh Unit Perhubungan Awam dan Hal Ehwal Korporat, Jabatan Ketua Menteri. Turut hadir, Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Hal Ehwal Korporat, Encik Azlan Badri.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

909FansLike
1,667FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles