30 C
Kuching
Tuesday, January 19, 2021

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2015 Peringkat Negeri Sarawak

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak, YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah merasmikan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2015 Peringkat Negeri Sarawak sambil disaksikan oleh wakil Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia, YBhg  Rusli Abdul Ghani (pertama dari kanan), Pengarah DBP Sarawak, YBhg Dr. Hazami Jahari (pertama dari kiri).

Sambutan yang diadakan pada 13 Oktober bertempat di Dewan Suarah Kota Samarahan tersebut merupakan komitmen berterusan kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan yang menjadi elemen pemersatu dan perpaduan dalam kalangan penduduk di negeri ini.

Dalam ucapan Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem yang dibaca oleh Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak, YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah menekankan bahawa setiap pihak harus memastikan agar Bahasa Kebangsaan terus dimartabatkan kedudukannya sebagai bahasa rasmi dan bahasa utama dalam pentadbiran kerajaan, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di negara ini.

Pada perkara berkaitan,  menurut beliau tanggungjawab memperkasa bahasa kebangsaan bukan sahaja digalas oleh DBP serta agensi-agensi lain seperti Jabatan Pendidikan bahkan semua warga Malaysia perlu  memainkan peranan yang sama penting dalam memartabatkan bahasa kebangsaan dalam semua aspek.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

900FansLike
1,667FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles