Friday, May 7, 2021

spot_img

Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2016

Menteri Belia, Sukan Dan Solidariti YB Datuk Sri Michael Manyin Jawong melakukan simbolik Perasmian Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2016 di Stadium Perpaduan pada 12 November lepas.

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem menyifatkan Hari Belia yang disambut setiap tahun adalah sebagai tanda menghargai serta mengiktiraf belia sebagai aset penting yang akan menentukan masa depan negara.

Justeru, tema “Belia Berwawasan, Negara Ke Hadapan” merujuk kepada sejuta belia yang memainkan peranan penting dalam memperjuangkan masa, tenaga dan kemahiran bagi memastikan Sarawak dan Malaysia terus maju.

Ketua Menteri berkata demikian menerusi teks ucapan beliau yang dibaca oleh YB Datuk Sri Michael Manyin Jawong.

Sempena majlis perasmian tersebut, lima orang individu telah menerima Anugerah Ikon Belia 2016 dan empat persatuan menerima Anugerah Persatuan Belia 2016.

Lima individu yang menerima Anugerah Ikon Belia 2016 ialah Kelvin Wan Kwong Wei (Sukarelawan), Desmond anak Sagoh (Kesenian), Jong Yee Khie (Belia Istimewa), Dr. Fauzan Sahdi (Kemahiran dan Inovasi) dan Pendelela Rinong anak Pamg (Sukan).

Manakala penerima Anugerah Persatuan Belia 2016 ialah Yayasan Salam Negeri Sarawak (Persatuan Belia Sukarelawan), Kumpulan Kesenian Petra (Persatuan Belia Kesenian), Koperasi Belia Inovatif Sarawak (Persatuan Belia Usahawan) dan Persatuan Tenpin Boling Sarawak (Persatuan Belia Sukan).

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
 
An eyewitness to Sarawak’s transformation

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

1,005FansLike
1,783FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]