25.8 C
Kuching
Wednesday, January 20, 2021

Generasi Muda Perlu Berani Melakukan Perubahan

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg mahu agar generasi muda di negeri ini mempunyai daya pemikiran yang kreatif serta berani melakukan  sesuatu perubahan.

Jelas beliau, untuk dapat menyaksikan perubahan, sudah tentunya kita adalah “mesin” yang akan melakukan perubahan tersebut dan untuk mencapainya, kita haruslah ada hasrat dan impian.

Hasrat dan impian itulah yang akan mendorong kita untuk mencari segala inisiatif dan peluang meneroka proses bagi mendukung usaha kita seterusnya  mencapai impian berkenaan

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pameran Latihan dan Kerjaya Sarawak (SCaT FAIR) 2018 di Pusat Borneo Konvensyen Kuching, BCCK pada 10 Mac, lalu.

Tambah beliau, untuk melakukan sesuatu perubahan sudah tentunya ekosistem dan ilmu kemahiran juga perlu ada.

Justeru beliau menasihati generasi muda di negeri ini agar membiasakan diri dengan perubahan-perubahan teknologi yang sedang berlaku kerana Sarawak berhasrat untuk menjadi negeri termaju di Malaysia menjelang tahun 2030.

Berkenaan SCaT Fair 2018, terdahulu Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar YB Datu Len Talif Salleh memaklumkan sebanyak 70 Institusi Pendidikan dan Latihan telah turut mengambil bahagian.

Beliau yang juga Pengerusi Tabung Ekonomi Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) turut mendedahkan sebanyak 60 syarikat turut serta pada SCaT FAIR 2018 dengan menawarkan sebanyak 5,526 pekerjaan menakala sembilan (9) agensi menawarkan dana pendidikan.

Majlis pada hari tersebut juga menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara TEGAS dan lima agensi dalam pelbagai bidang berasaskan teknologi digital antaranya Azendia Solutions Sdn Bhd, Chumbaka Sdn Bhd,  EFFEX CO Sdn Bhd, Petrosar Academy Sdn Bhd dan Satu Creative Services Sdn Bhd.

Previous article
Next article

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

900FansLike
1,667FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles