25.8 C
Kuching
Wednesday, January 20, 2021

Organisasi Perlu Meningkatkan Amalan Terbaik Kecemerlangan Perniagaan Dalam Pelaksanaan Projek-Projek

Ketua-ketua di setiap organisasi digesa untuk meningkatkan keupayaan terutama amalan terbaik terutama dari aspek kecemerlangan perniagaan bagi memastikan setiap projek dapat dilaksanakan dengan baik, efisien dan efektif.

Perkara ini dinyatakan oleh  Setiausaha Kerajaan Negeri ketika berucap pada Majlis Perasmian Program CEO Talk Siri 1/2018 yang diadakan di Dewan Utama, Tabung Baitulmal Sarawak, Batu Kawa pada 13 Mac 2018.

Beliau berkata pelaksanaan yang kurang efisien dan efektif boleh disebabkan wujudnya kelemahan-kelemahan dari segi dokumentasi, standard, kualiti dan keselamatan yang mana menurut beliau faktor-faktor ini sangat penting dalam membawa kecemerlangan organisasi.

Sebarang kelewatan pelaksanaan projek menurut beliau bukan sahaja menyebabkan kos bertambah tetapi turut memberi impak negatif terhadap rakyat kerana segala kemudahan tidak  dapat dinikmati oleh rakyat dan boleh menimbulkan ketidakselesaan rakyat.

Mengenai program CEO Talk Siri 1/2018, beliau menyokong penuh usaha Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah yang telah bekerjasama dengan Tabung Baitulmal melaksanakan Program CEO Talk ini dalam usaha untuk memperkasakan organisasi di Sarawak.

Program tersebut bermatlamat untuk merancakkan lagi pelaksanaan program kecemerlangan perniagaan  dalam organisasi di Sarawak seterusnya dapat membawa organisasi Sarawak ke tahap yang lebih tinggi

Di samping itu juga, Kerajaan Negeri ingin  melihat lebih banyak organisasi dari Sarawak mampu bersaing dan terkenal di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Dalam hal berkaitan, beliau turut menyentuh tentang Rangka Kerja Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MBEF) yang merupakan pendekatan holistik untuk melahirkan organisasi cemerlang melalui amalan terbaik dalam pengurusan sistem dan proses.

Menurut beliau, MBEF setanding dengan rangka kerja kecemerlangan perniagaan antarabangsa lain yang diapantau oleh Global Excellence Model Council (GEM).

Beliau turut memberitahu, Malaysia yang diwakili oleh MPC merupakan ahli kepada GEM yang dianggotai oleh 11 buah negara termasuklah United States of America (USA) , Eropah, Jepun, Australia dan Singapura.

Previous article
Next article

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

900FansLike
1,667FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles