24 C
Kuching
Tuesday, November 24, 2020

Inovasi Harus Berlandaskan Matlamat Jelas, Mengubah Kehidupan Rakyat

Setiausaha Kerajaan Negeri YB Datuk Amar Jaul Samion menyampaikan ucapan pada Hari Inovasi Jabatan Pertanian Sarawak sempena sambutan Minggu Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 2020 pada 6 Oktober di Institut Pertanian Sarawak, Semongok

Inovasi dalam perkhidmatan awam seharusnya dilaksanakan berdasarkan matlamat dan tujuan yang pada akhirnya dapat menguntungkan semua pihak terutama rakyat.

Pada dasarnya, inovasi dapat menjimatkan masa dalam sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat selain menjadikan tugas penjawat awam itu sendiri lebih mudah dan lebih berkesan.

Demikian intipati yang mendasari ucapan Setiausaha Kerajaan Negeri YB Datuk Amar Jaul Samion pada Hari Inovasi Jabatan Pertanian Sarawak (DOA) yang diadakan di Institut Pertanian Sarawak Semongok, Kuching sempena Minggu Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 2020.

Bertepatan dengan tema minggu inovasi tahun ini, iaitu ‘Berinovasi untuk Kecemerlangan Perkhidmatan’, YB Datuk Amar Jaul mengingatkan para hadirin yang terdiri daripada warga kerja DOA dan beberapa kakitangan dari agensi kerajaan yang lain mengapa tema tersebut dipilih.

Jelas beliau, inovasi mesti dilakukan dengan tujuan yang baik dan mendatangkan manfaat serta mampu mengubah kehidupan orang lain, iaitu dalam aspek perkhidmatan awam, inovasi mengubah kehidupan rakyat yang merupakan pelanggan yang menerima perkhidmatan daripada kerajaan.

“Di peringkat Jabatan Pertanian Sarawak, inovasi yang dihasilkan seharusnya mampu mengubah kehidupan para petani.

“Projek inovasi yang dihasilkan seharusnya dapat memudahkan aktiviti pertanian serta dapat meningkatkan pendapatan golongan petani,” tambah beliau.

Inovasi boleh bermula dari aduan, keluhan dan maklum balas yang diterima daripada rakyat.

Oleh yang demikian, beliau menasihatkan penjawat awam dalam semua sektor supaya menerima aduan dan maklum balas daripada rakyat dengan positif dan menjadikannya (aduan dan maklum balas) sebagai peluang dan asas dalam menghasilkan inovasi yang seterusnya dapat menambah baik perkhidmatan kerajaan.

“Kita sebagai penjawat awam perlu sentiasa peka pada keluhan dan cadangan-cadangan daripada orang ramai.

“Oleh yang demikian, penjawat awam perlulah sentiasa berfikir dengan kreatif, berinovasi dan berintegriti dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan,” tegas beliau.

Related Articles

Effective Governance Boost Efficiency

Good management is, of course, critical for the operation of an organisation. With a good corporate governance framework in place, supported by a healthy corporate...

Developing and Enhancing Community Tourism in Sarawak

Community based tourism (CBT) is a new form of tourism that is managed by the local communities. Everything from decision making, planning, and evaluation...

Kecekapan Mengurus Kewangan Dalam Mengharungi Pandemik Covid-19

Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah meninggalkan kesan yang amat parah terhadap ekonomi dan sosial masyarakat apabila ramai yang telah kehilangan punca pendapatan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

890FansLike
1,659FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles

Effective Governance Boost Efficiency

Good management is, of course, critical for the operation of an organisation. With a good corporate governance framework in place, supported by a healthy corporate...

Developing and Enhancing Community Tourism in Sarawak

Community based tourism (CBT) is a new form of tourism that is managed by the local communities. Everything from decision making, planning, and evaluation...

Kecekapan Mengurus Kewangan Dalam Mengharungi Pandemik Covid-19

Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah meninggalkan kesan yang amat parah terhadap ekonomi dan sosial masyarakat apabila ramai yang telah kehilangan punca pendapatan...

SDI to Hold Talk on Mental Health During COVID-19

Sarawak Development Institute (SDI) will be organising a virtual public talk on mental health during COVID-19 and ways of coping while adapting to the...

Estimated cost to build one-kilometre road can be between RM4.17 million to RM12.5 million

The estimated cost to build a one-kilometre of tar sealed road can be between RM4.17 million to RM12.5 million. This was in respond to the...