24 C
Kuching
Tuesday, November 24, 2020

Bangunan Tambahan Hospital Miri Dijangka Siap Hujung 2023

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merancang untuk mencapai nisbah katil hospital kepada jumlah penduduk (bed per ratio) 2 katil bagi 1,000 penduduk (2 katil: 1,000 penduduk) menjelang hujung tahun 2025 sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan akses dan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada semua lapisan masyarakat.

Selaras dengan itu, KKM sentiasa mengambil langkah proaktif dengan mencari jalan untuk menambah baik kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan dengan menambah baik fasiliti-fasiliti kesihatan sedia ada, membina fasiliti-fasiliti kesihatan yang baharu serta menawarkan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk bandar dan luar bandar.

Bangunan Tambahan Hospital Miri membuktikan komitmen dan hasrat Kerajaan dalam menyedia dan menawarkan perkhidmatan kesihatan yang berteraskan masyarakat atau people centric.

Majlis Perasmian dan Pecah Tanah projek ini disempurnakan oleh YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak pada 27 Oktober 2020 yang lalu.

Hadir sama ialah YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya dan YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba, Menteri Kesihatan Malaysia.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, berkata bangunan tambahan yang akan siap pada 2023 itu akan menjadikan Hospital Miri sebagai sebuah hospital yang besar dan moden.

“Ini langkah bijak kerajaan negeri bagi memberikan perkhidmatan perubatan yang selesa buat semua penduduk di negeri ini khususnya di Kota Peranginan Sarawak ini,” kata Ketua Menteri.

“Bagi memastikan akses ke Hospital Miri lebih singkat, kerajaan negeri akan membangunkan jaringan jalan raya yang moden dan komprehensif menuju ke hospital ini,” tambah beliau lagi.

Bangunan Tambahan Hospital Miri berkapasiti 328 buah katil dan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) dengan anggaran kos RM340 juta.

Projek ini dilaksanakan secara Tender Terbuka (Pra Kelayakan) oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKRM).

Hospital ini bakal menyediakan perkhidmatan asas kepada penduduk di Daerah Miri yang semakin bertambah secara khususnya dan menampung juga keperluan untuk penduduk di kawasan utara Sarawak.

Projek Bangunan Tambahan Hospital Miri ini antara lain akan menawarkan perkhidmatan seperti Jabatan Kecemasan, Klinik Pakar, 84 buah katil bagi Wad Pembedahan Am, 84 buah katil bagi wad pediatrik, 88 buah katil bagi wad obstetrik, 20 buah katil untuk wad kelas pertama, 16 buah katil untuk ICU & PICU dan 32 buah katil untuk NICU & pusat jagaan khas.

Bangunan tambahan ini juga bakal dilengkapi dengan empat (4 ) buah dewan bedah am dan juga dua (2) buah dewan bedah bagi tujuan bersalin.

Projek pembesaran Hospital Miri sebagai tepat pada masanya selaras dengan peningkatan jumlah penduduk di Miri dan Wilayah Utara negeri ini secara keseluruhannya

Projek ini menggunakan kaedah Sistem Binaan Berindustri atau IBS bagi mempercepatkan tempoh pembinaan dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga pekerja.

Pembinaan projek Hospital Miri ini juga perlu mematuhi sistem penarafan hijau bagi bangunan iaitu Sistem MyCREST (Malaysian Carbon Reduction And Environmental Sustainability Tool) yang mengintegrasikan impak kelestarian dengan indikator karbon di dalam sesebuah bangunan.

Dengan adanya bangunan tambahan baharu ini yang dijangka siap pada hujung tahun 2023 kelak, ia akan memberi impak yang positif kepada penduduk di Negeri Sarawak amnya.

Bangunan Tambahan Hospital Miri ini juga disasarkan dapat menurunkan Bed Occupancy Rate daripada 81.75% kepada 70% serta membantu mengurangkan kesesakan pesakit di kawasan utara Sarawak antaranya Hospital Bintulu, Hospital Marudi, Hospital Limbang dan Hospital Lawas  dengan menawarkan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti sejajar dengan perkembangan permintaan semasa.

Related Articles

Effective Governance Boost Efficiency

Good management is, of course, critical for the operation of an organisation. With a good corporate governance framework in place, supported by a healthy corporate...

Developing and Enhancing Community Tourism in Sarawak

Community based tourism (CBT) is a new form of tourism that is managed by the local communities. Everything from decision making, planning, and evaluation...

Kecekapan Mengurus Kewangan Dalam Mengharungi Pandemik Covid-19

Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah meninggalkan kesan yang amat parah terhadap ekonomi dan sosial masyarakat apabila ramai yang telah kehilangan punca pendapatan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

890FansLike
1,659FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles

Effective Governance Boost Efficiency

Good management is, of course, critical for the operation of an organisation. With a good corporate governance framework in place, supported by a healthy corporate...

Developing and Enhancing Community Tourism in Sarawak

Community based tourism (CBT) is a new form of tourism that is managed by the local communities. Everything from decision making, planning, and evaluation...

Kecekapan Mengurus Kewangan Dalam Mengharungi Pandemik Covid-19

Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah meninggalkan kesan yang amat parah terhadap ekonomi dan sosial masyarakat apabila ramai yang telah kehilangan punca pendapatan...

SDI to Hold Talk on Mental Health During COVID-19

Sarawak Development Institute (SDI) will be organising a virtual public talk on mental health during COVID-19 and ways of coping while adapting to the...

Estimated cost to build one-kilometre road can be between RM4.17 million to RM12.5 million

The estimated cost to build a one-kilometre of tar sealed road can be between RM4.17 million to RM12.5 million. This was in respond to the...