25 C
Kuching
Thursday, January 21, 2021

Kecekapan Mengurus Kewangan Dalam Mengharungi Pandemik Covid-19

Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah meninggalkan kesan yang amat parah terhadap ekonomi dan sosial masyarakat apabila ramai yang telah kehilangan punca pendapatan disebabkan banyak industri dan perniagaan tidak dapat beroperasi seperti biasa.

Oleh itu, segala kebijaksanaan dan kecekapan kerajaan dalam berdepan situasi ini menentukan nasib rakyat jelata dan ternyata Kerajaan Sarawak telah berjaya membuktikan kecekapan mengurus sistem kewangan dengan melaksanakan pelbagai insiatif untuk manfaat rakyat.

Pada 23 Mac 2020, Kerajaan Sarawak telah mengumumkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang Fasa 1 (BKSS 1.0) diikuti BKSS 2.0 pada 10 April 2020 berjumlah RM2.25 bilion untuk meringankan beban kewangan rakyat, para peniaga dan industri yang terjejas akibat Covid-19.

Langkah-langkah yang telah digariskan dalam Pakej BKSS 1.0 dan 2.0 yang lepas meliputi; Pembayaran tunai kepada rakyat golongan B40; Penangguhan pembayaran pinjaman dan pinjaman mudah tanpa faedah untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS);


Kerajaan Sarawak menyalurkan bantuan RM500 kepada pemandu e-hailing di bawah BKSS 4.0

Diskaun bil utiliti untuk pengguna di Sarawak; Pengecualian bayaran lesen perniagaan serta diskaun sewa gerai untuk para peniaga; dan Bayaran insentif bulanan untuk kakitangan barisan hadapan yang terlibat dalam menangani wabak Covid-19.

Pada 8 Mei 2020, Kerajaan Sarawak telah mengumumkan BKSS 3.0 yang mengandungi tujuh (7) langkah tambahan yang lebih inklusif untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat di Sarawak.

Pada 23 Oktober 2020, Kerajaan Sarawak mengambil keputusan untuk meneruskan Bantuan BKSS 4.0 sehingga Disember 2020 dengan tambahan kos RM104.84 juta melibatkan tujuh langkah yang diperluas di bawah BKSS 2020.

Tujuh langkah tersebut ialah diskaun bil elektrik dan air; diskaun 50 peratus kadar sewa rumah di bawah Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC); bantuan RM500 sektor e-hailing; diskaun sewa kepada penjaja; pemansuhan yuran lesen dan permit serta pemansuhan sewa PKS yang beroperasi di premis milik kerajaan negeri.

Kecekapan Kerajaan Sarawak dalam mengurus kewangan ini sudah memberi sedikit kelegaan kepada rakyat dan para peniaga serta pemain industri dalam menghadapi kesukaran akibat Covid-19.

Bantuan tersebut diharap dapat meringankan beban kewangan dan membolehkan rakyat meneruskan kehidupan dan aktiviti perniagaan masing-masing.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

909FansLike
1,667FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles