26.8 C
Kuching
Thursday, January 21, 2021

Kerajaan Komited Memastikan Projek Lebuhraya Pan Borneo dilaksanakan Mengikut Jadual

Walaupun berdepan dengan pandemik covid-19, yang membataskan pergerakan kawasan, kekangan bilangan pekerja bertugas dan gangguan bekalan bahan mentah, kerajaan komited dalam meneruskan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah dan Sarawak.

Keyakinan ini disuarakan oleh Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Haji Fadillah Yusuf ketika perjumpaan kementerian beliau bersama Editor Media Sarawak pada 19 Disember 2020 di Kuching.

Menurut beliau, ini dapat disaksikan dalam Belanjawan 2021, selain menerima peruntukan sebanyak RM1 bilion bagi masing-masing projek LPB Sabah dan Sarawak, satu lagi Pakej Kerja untuk projek LPB Sabah iaitu Pakej Serusop ke Pinturu yang merupakan “missing link” sepanjang 21 km akan turut dilaksanakan dalam masa terdekat.

Setakat ini, menurut beliau projek LPB Sabah dan Sarawak, mencatatkan kemajuan terkini sebanyak 43 peratus bagi negeri Sabah dan 58 peratus di Sarawak

Beliau menambah Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2022 seperti yang telah dijadualkan manakala Lebuhraya Pan Borneo Sabah pula dijangka siap pada tahun 2023

Malah jelas beliau, bagi mempercepatkan pelaksanaan dan penyiapan projek LPB di Sabah dan Sarawak, kerajaan telah melantik Project Management Consultant (PMC) untuk memudahcara dan membantu Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan Sarawak dalam pengurusan dan pelaksanaan projek.

Pada masa yang sama, jelas beliau bagi memastikan kesinambungan kepakaran teknikal dan pengalaman yang diperlukan, PMC akan disyaratkan untuk melantik kakitangan PDP yang berkelayakan dalam pelaksanaan projek LPB.

Menerusi Belanjawan 2021, KKR secara keseluruhan menerima peruntukan sebanyak RM7.3 bilion yang membabitkan perbelanjaan mengurus berjumlah RM1.26 bilion dan bajet pembangunan sebanyak RM6.09 bilion.

Daripada jumlah keseluruhan bajet pembangunan KKR, sebanyak RM99.45 juta diperuntukkan bagi projek pembangunan di Sarawak. Jumlah tersebut tidak termasuk bajet Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

Selain daripada Projek Lebuhraya Pan Borneo, antara projek-projek pembangunan infrastruktur lain di bawah KKR bagi negeri Sarawak adalah:

  • Jambatan Sungai Merapok, Jalan Lawas-Merapok, Limbang (RM500,000)
  • Jambatan Sungai Meragang, Jalan Lawas-Merapok, Limbang (RM500,000)
  • Jambatan Sg Gaya, Jalan Lawas-Merapok, Limbang (RM250,000)
  • Projek Sarawak -Sabah Link Road (RM25 juta)
  • Menaiktaraf laluan 8101 Jalan Datuk Musa dari KM8 ke Bulatan G3, Kota Samarahan (RM25 juta)
  • Pembinaan jalan akses ke kawasan selatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak (RM18 juta)
  • Pembinaan flyover Jalan Medan Raya- Jalan Tun Hussein Onn, Bintulu (RM15 juta)
  • Pembinaan flyover Jalan Medan Raya-Jalan Tun Hussein Onn, Bintulu.Kerja-kerja awalan dan rekabentuk (RM3.5 juta)
  • Penggantian jambatan yang melibatkanb axle load, sempit, uzur (RM3 juta)
  • Naiktaraf Jalan Bintulu ke Samalaju dari Simpang Nyabau ke Simpang Bakun (RM1.5 juta)

Belanjawan 2021 turut memberi fokus kepada projek-projek pembangunan infrastruktur di Sarawak antaranya:

  • Menaik taraf bangunan dan infrastruktur di 50 buah sekolah-sekolah daif dengan kos RM725 juta.
  • Projek infrastruktur di kawasan Perindustrian Samalaju, Sarawak di bawah Koridor Tenaga Yang DiPerbaharui (SCORE)
  • Menaik taraf infrastruktur air, elektrik dan jalan raya, kemudahan kesihatan dan pendidikan. (RM4.52 juta)

KKR juga komited memastikan kemudahan jalan raya di semua negeri disenggara secara optimum. Bagi negeri Sarawak sebanyak RM70 diperuntukkan untuk penyenggaraan berkala pavemen dan sebanyak RM4 juta berkala bukan pavemen di Jalan Persekutuan.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

909FansLike
1,667FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles