Sunday, June 13, 2021

spot_img

Ekonomi Digital Alternatif Usahawan Teruskan Operasi Perniagaan

Ekonomi digital bukanlah satu perkara baharu tetapi apabila dunia berdepan dengan situasi sukar seperti pandemik Covid-19, ia seolah-olah semakin berkembang sehingga menjadi alternatif buat usahawan termasuk yang berada di kawasan luar bandar untuk meneruskan operasi perniagaan mereka.

Tidak dinafikan, ekonomi dunia pada hari ini sedang dipacu oleh teknologi digital malah, banyak kajian yang dibuat menunjukkan perkaitan yang amat rapat dan positif diantara penggunaan teknologi digital dengan kemajuan pembangunan ekonomi sesebuah negara.

Melihat kepada situasi pandemik Covid-19 yang sangat menggerunkan, kini ramai usahawan tidak terkecuali yang berada di kawasan luar bandar mengguna serta mengadaptasi teknologi digital bagi memastikan perniagaan mereka dapat terus beroperasi seperti sedia kala.

Apabila usahawan luar bandar mula beralih kepada ekonomi digital, bermakna mereka sudah mengalami satu proses yang disebut sebagai transformasi.

Transformasi yang dimaksudkan berkaitan dengan inovasi, sesuatu yang dapat menambah nilai, kesan kepada pengeluaran produk, hubungan dengan pelanggan, pemesanan dan sistem penghantaran secara tidak langsung dapat meningkatkan produktiviti mereka,

Begitu juga dari segi ruang penyimpanan, dimana ia akan menjadi lebih kecil, kerana yang lebih diutamakan ialah mencipta hubungan dengan pelanggan dan sistem perhubungan yang lebih bagus untuk memudahkan mereka berhubung dengan pelanggan.

Puan Hasheenabeeri Mohamed Attaullah dari Sarikei telah memanfaatkan media sosial untuk memasarkan produk-produk rempah beliau

Usahawan di kawasan luar bandar sebenarnya mampu mengeluarkan pelbagai produk yang lebih bagus, berkualiti dan menarik jika mereka dapat menjana idea-idea yang lebih kreatif.

Meskipun mempunyai pelbagai produk yang menarik dan berkualiti, ia masih belum dapat dipasarkan dengan meluas kerana masih ramai masyarakat luar bandar yang kurang terdedah dan tidak menyedari bahawa kaedah paling mudah untuk memasarkan produk adalah melalui platform digital.

Oleh kerana itu, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu usahawan di kawasan luar bandar memanfaatkan teknologi digital agar lebih ramai di kalangan mereka menggunakan perkhidmatan dalam talian untuk memasarkan produk mereka sekaligus dapat menjana pendapatan yang lebih tinggi.

RAKAN SARAWAK
Author: RAKAN SARAWAK

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
 
An eyewitness to Sarawak’s transformation

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

1,012FansLike
1,807FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Articles

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]